Header Ads

[Kesihatan] 5 Makanan pilihan Anti Kanser



Pepatah mengatakan Kita adalah apa yang kita makan atau dalam Bahasa Inggerisnya "We Are What We Eat" adalah benar sama sekali. Penting untuk kita terus berada dalam pola makanan yang sihat ini kerana ia adalah langkah pertama untuk memastikan kita berada dalam keadaan yang sihat. Dalam kata lain, makan makanan yang baik boleh mencegah kita dari risiko mendapat penyakit.

Kanser boleh disebabkan oleh banyak faktor. Namun, kajian telah menunjukkan jika makanan yang kita ambil teratur dan sihat ia dapat mencegah kita kearah kanser dan hidup dengan kehidupan yang lebih baik.

Banyak zat zat makanan yang dapat membantu kita cegah dari kanser seperti Zat Vitamin, Mineral dan Fiber. Zat-zat ini mampu menolong badan kita untuk melawan pembesar sel kanser.

Sumber Imej : Pixabay.com
1)Brokoli 

Brokoli, adalah sayur yang sangat sihat dan mampu melawan sel kanser, ia mengandungi Sulforaphane dan Isothiocyanates, Kedua kandungan ini adalah phytochemicals yang boleh bekerja dengan enzim badan kita untuk melawan kanser. Brokoli juga adalah sumber Vitamin C dan K.

Sumber Imej : Pixabay.com
 2)Tomato

Kita boleh mengambil tomato untuk makan di dalam Salad, Sup dan lain lain acuan.Tomato mengandungi banyak Vitamin C, Kajian menunjukkan tomato mempunyai kandungan lycopene iaitu anti kanser di dalam buah tomato. Tomato boleh diambil begitu sahaja dengan kadar yang sedikit atau memasak di dalam makanan seperti sup.
 

 
Sumber Imej : Pixabay.com

 3)Bawang Putih

Sentiasalah menggunakan bawang putih dalam masakan, sama ada rebus goreng atau apa saja, sulfur kompaun di dalam bawang putih mampu membantu mengurangkan pengembangan beberapa jenis kanser, Bawang putih juga adalah sumber Vitamin B6.


Sumber Imej : Pixabay.com

4)Jagung

Sama ada ingin barbekue, rebus, stim atau ratah. Semuanya mendatangkan manfaat, ini kerana jagung mempunyai beta-cryptoxanthin dan ferulic acid, ini akan mencacatkan pertumbuhan kanser. dan Ya!, ia lagi sedap di makan dengan susu dan sedikit garam.


5)Ubi Bit

Ubi bit, boleh direbus, boleh di panggang, boleh distim, atau buat sup dan salad. Ubi bit mengandungi khasiat seperti betacyanin iaitu sejenis zat yang mampu melawan kanser.