Header Ads

Jackie Chan Menawarkan RM580,000 kepada pihak hasilkan penawar koronavirus.

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube




HONG KONG: Bintang aksi tersohor Hong Kong, Jackie Chan menawarkan ganjaran 1 juta yuan (RM587,709) sekiranya ada pihak yang berjaya menghasilkan penawar wabak koronavirus.

Aktor yang membintangi filem terbaharu, Vanguard itu memuat naik status di aplikasi Weibo pada Selasa tentang rasa prihatinnya ke atas epidemik koronavirus yang kini melanda China dan puluhan lagi negara di dunia.

Seniman itu berharap untuk menghulurkan bantuan semampunya selain memberikan sokongan kepada pesakit yang dijangkiti wabak berkenaan.

“Sains dan teknologi adalah kunci utama untuk mengekang gejala berkenaan. Saya percaya semua orang pun beranggapan begitu.

“Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan,”
katanya.

Chan bagaimanapun berharap agar orang ramai tidak memandang serong atas niatnya itu.

“Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan,” jelasnya.

Status Chan menerima lebih 53,000 tanda suka selain mendapat maklum balas positif daripada netizen.

Ada juga dalam kalangan netizen yang mencadangkan agar ganjaran itu dinaikkan kepada 10 juta yuan.

Untuk rekod, sehingga Rabu, koronavirus telah dilaporkan berjangkit kepada hampir 25,000 individu di 28 buah negara dengan jumlah kematian mencecah 500 orang



Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?