Header Ads

Jenayah | Sindiket Dadah RM430,000 Tumpas

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM430,000 di Lembah Klang selepas menahan dua lelaki warga India, Isnin lalu.

Dua suspek berusia 24 dan 26 tahun itu diberkas di Jalan Pantai Murni, dekat Sentul, pada jam 4.35 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah, berkata hasil siasatan membawa kepada penemuan dadah jenis ketamin seberat 8.5 kilogram (kg) dan syabu (0.9 kg) di sebuah kondominium di Pantai Dalam, di sini.

“Dadah dirampas boleh dibekalkan kepada 9,510 pengguna. Turut disita, sebuah motosikal jenis Yamaha dan wang tunai berjumlah RM500 sebagai bahan bukti siasatan.

“Semakan butiran pasport suspek mendapati ia masih aktif dan mereka masuk ke negara ini atas tujuan lawatan sosial.

“Sindiket itu juga dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu. Usaha mengesan dalang dan individu terbabit dengan sindiket itu masih giat dilakukan,” katanya pda sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Kedua-kedua suspek direman tujuh hari bermula kelmarin, mengikut Seksyen 39 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Sumber Berita Harian

Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?