Header Ads

Musim Panas Hati-Hati Ular Masuk Rumah


Foto By Bernama

TANAH MERAH - Orang ramai di minta berhati-hati kerana musim panas mendorong ular memasuki ke kawasan kediaman bagi mencari kawasan yang sejuk dan lembap.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Tanah Merah, Ab Fattah Ab Aziz berkata, orang ramai dinasihatkan agar menjaga kebersihan kawasan rumah agar tidak terlalu semak serta menguruskan sisa makanan yang dibuang dengan baik.

"Habitat ular pada kebiasaannya bersembunyi dalam kawasan gelap, sejuk dan lembap dan apabila tiba musim panas ular akan keluar mencari kawasan baharu," katanya.

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

Beliau juga tidak menafikan berlakunya pertambahan berhubung kes tangkapan ular di daerah itu untuk tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan 77 kes sepanjang Januari berbanding 72 kes tahun lalu.

"Kebanyakan kes yang ditangani melibatkan kes ular memasuki kediaman.

"Ia mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya keadaan kawasan persekitaran kediaman yang semak, sumber makanan yang mengundang kehadiran ular memandangkan dalam masa yang sama tikus akan ada di persekitaran sampah dan ia merupakan sumber utama makanan kepada reptilia ini,"katanya.

Beliau berkata, usaha perlu dilakukan pemilik kediaman dengan membersihkan ruang penyimpanan, peralatan dan barangan agar tidak menjadi tempat ular berlindung.

Justeru itu orang ramai disaran menghubungi pasukan penyelamat bagi menangani kes ular memasuki kediaman atau premis mereka.

Sumber : SinarHarian




LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA