PH akan membela kaum Melayu dan Kaum Lain.
HULU LANGAT: Pakatan Harapan (PH) berikrar akan terus melindungi hak dan kepentingan orang Melayu, disamping melindungi kepentingan kaum lain, selagi mana mereka menjadi kerajaan.
Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua parti dalam komponen itu sudah bersepakat untuk tidak berkompromi dengan sebaran cubaan menggugat hak orang Melayu yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, dakwaan pembangkang kononnya PH kini dikuasai DAP dan tidak membela orang Melayu adalah tidak benar dan ia hanya sentimen perkauman yang dimainkan bagi meraih undi kaum itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

“PH sudah bersepakat, apabila pakatan ini ditubuhkan, kita berpegang pada prinsip untuk mendukung apa yang ada dalam Perlembagaan.
“Kita juga tidak ada kompromi dalam soal berkaitan hak istimewa orang Melayu kerana perkara ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sejak zaman-berzaman.
“Apabila PH mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), komitmen kita sepenuhnya, bermakna selagi ada matahari dan bulan, Perlembagaan tidak akan dipinda, serta kedudukan istimewa orang Melayu dan hak bangsa lain akan kekal untuk selama-lamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Kelompok Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Rinching Hilir di Semenyih dekat sini, malam tadi.
Turut hadir, Naib Presiden PH, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Dr Mohd Radzi Jidin dan calon PH bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.
Muhyiddin, yang juga Presiden BERSATU, berkata orang Melayu masih dibelenggu pelbagai cabaran ketika ini, antaranya isu kemiskinan, pengangguran dan tidak mampu memiliki rumah.
“Selagi orang Melayu berkeadaan sebegitu, maka pembelaan PH (terhadap orang Melayu) akan terus kita perjuangkan,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Sumber : Berita Harian
Post a Comment