Sempat Ke Tanya Semua Soalan Yang Finaz Nak Tanya? - Prof Imelda Balchin
Semalam, selepas tamat Rancangan Analisis, saya tanya host TV Alhijrah Finaz Yunus, sempat ke tanya semua soalan yang Finaz nak tanya? Finaz kata, tak sempat tanya tentang lotus birth.
Jadi, hari ini, saya nak share posting saya, kenapa kita tak perlu buat lotus birth (iaitu, tidak potong tali pusat langsung, dan bawa pulang bayi bersama uri bersambung dengan tali pusat sehingga tali pusat kering dan putus sendiri).
kenapa pakar perubatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menggalakkan 'deferred cord clamping' lebih daripada 3 minit.
Sebagai pendidik di dalam bidang perubatan Obstetrik (kehamilan), tanggungjawab utama ialah hanya menyampaikan ilmu pengetahuan atau nasihat selepas menilai dan menyelidik apakah manfaat dan kesan sampingan sesuatu yang disarankan ke atas kesihatan kedua-dua ibu dan bayi.
Apa yang disarankan hendaklah disokong oleh keputusan kajian perubatan antarabangsa dan juga dipersetujui oleh pakar-pakar lain yang mempunyai kemahiran di bidang ini, dan bukannya pendapat individu sendiri.

Selepas kelahiran bayi yang matang, sebanyak satu pertiga darah bayi masih lagi di dalam tali pusatnya yang panjang.
Melambatkan pengepitan dan pemotongan tali pusat selama 30 saat sehingga 3 minit selepas bersalin, dengan tujuan memberi masa untuk pengaliran darah dari tali pusat ke dalam badan bayi, telah terbukti berkesan meningkatkan darah haemoglobin bayi. Inilah yang dinamakan 'Deferred Cord Clamping' atau DCC.

Selain daripada itu, kandungan zat besi di dalam badan bayi selepas 3-6 bulan juga lebih tinggi daripada kandungan zat besi bayi yang tidak mendapat DCC.
Kajian juga telah menunjukkan yang kaedah ini adalah selamat dan tidak menyebabkan kelebihan pendarahan ibu daripada rahimnya.
Kajian juga telah menunjukkan yang kaedah ini adalah selamat dan tidak menyebabkan kelebihan pendarahan ibu daripada rahimnya.
Tetapi, ada ibu-ibu yang diberikan galakan daripada gentlebirthing group untuk membiarkan tali pusat tidak dikapit atau dipotong sampai 20 minit atau sampai satu jam atau berjam-jam.
Ibu-ibu perlu tahu, dari segi sains kajihayat, dan juga apa yang telah dikaji, tidak ada kelebihan 'deferred cord clamping' yang melebihi 3-5 minit.
Saya akan memberi pencerahan mengenai perubahan fisiology badan janin selepas bersalin.
Di dalam rahim, sebelum bersalin, sebanyak 50%, atau setengah daripada darah yang dipamkan keluar daripada jantung janin akan terus masuk ke dalam uri melalui tali pusat, untuk mendapatkan oxygen daripada ibu. Hanya 10% atau satu per sepuluh darah yang mengalir ke dalam paru-paru janin kerana sebelum pernafasan bermula tekanan di dalam paru-paru adalah tinggi.
Selepas bersalin, dalam masa 10 saat pertama, bayi akan mengambil nafas yang pertama. Setelah bayi mengambil nafas pertama, pengembangan paru-parunya dengan udara buat pertama sekali akan merendahkan tekanan di dalam saluran darah ke paru-paru.
Ini mengubah pengaliran darahnya, 50% daripada darah dari jantung akan dipamkan kedalam paru-paru.
Ini mengubah pengaliran darahnya, 50% daripada darah dari jantung akan dipamkan kedalam paru-paru.
Selepas bersalin juga, rahim ibu terus menguncup meninggikan tekanan di dalam saluran darah ke arah uri dan di dalam tali pusatnya. Akibat penguncupan rahim, dan kelebihan darah yang mengalir ke paru-paru bayi, terdapat kekurangan pengaliran darah ke arah tali pusat bayi dan perhentian pengaliran darah di dalam tali pusat bayi.
Penggunaan suntikan syntometrine selepas bersalin sebagai 'active management of third stage' seperti yang disarankan oleh KKM membantu penguncupan rahim ibu dan mempercepatkan pengaliran darah dari tali pusat ke dalam bayi.
Kajian menunjukkan, selepas suntikan syntometrine diberikan, kebanyakan darah akan mengalir dari tali pusat ke dalam bayi dalam masa 2 minit DCC.
Kajian menunjukkan, selepas suntikan syntometrine diberikan, kebanyakan darah akan mengalir dari tali pusat ke dalam bayi dalam masa 2 minit DCC.
Kajian perubatan telah membuktikan yang selepas 3 minit DCC, kebanyakan darah yang masih ada di dalam uri dan tali pusat bayi sudah pun mengalir balik ke dalam bayi, dan yang tinggal di dalam uri terlalu sedikit.
Tidak ada lagi perbezaan jumlah darah yang tertinggal di dalam uri jika DCC dilambatkan lebih daripada 3 minit.
Tidak ada lagi perbezaan jumlah darah yang tertinggal di dalam uri jika DCC dilambatkan lebih daripada 3 minit.
Kajian perubatan telah membuktikan yang selepas 5 minit DCC, untuk kebanyakan bayi, pengaliran darah di dalam tali pusat sudah pun terhenti, walaupun boleh lagi merasa denyutan nadi di dalam tali pusat nya.
Denyutan nadi boleh lagi dirasa tetapi pengaliran darah di dalamnya sudah pun terhenti.
Kajian perubatan telah menunjukkan bila bayi menarik nafas yang mendalam, lebih banyak pengaliran darah yang masuk ke dalam bayi dari tali pusatnya, tetapi bila bayi mula menjerit dan menangis dengan kuat, pernafasan keluar menyebabkan darah mengalir balik ke arah uri.

Jangan lupa, saluran darah di dalam uri ada dua jenis, 'umbilical vein' (terdapat satu) membawa darah dari uri ke bayi, 'umbilical artery' (terdapat dua) yang membawa darah dari bayi ke uri. Pengaliran berlaku dua arah, bukan hanya masuk ke dalam bayi.
Kajian perubatan telah membuktikan yang pengaliran darah di dalam umbilical vein akan berhenti dahulu sebelum pengaliran darah dalam umbilical arteri. Ini bermakna dalam lebih kurang satu pertiga bayi yang DCC melebihi 3 minit, ada kemungkinan pula darah berpatah balik ke dalam tali pusat.
Jika bayi diletakkan atas dada ibu untuk skin-to-skin, DCC 3 minit adalah mencukupi. Jika bayi diletakkan di bawah ibu (menggunakan graviti), DCC 1 minit sahaja sudah mencukupi.
Tidak ada kelebihannya atau manfaat DCC melebihi 3 minit. Tidak ada kelebihan atau manfaat lotus birth.
Satu kelemahan DCC ialah, terdapat lebih bayi yang mendapat kuning jaundice, lebih kurang 2 dalam 100 bayi jika dibandingkan dengan bayi yang tidak mendapat DCC. Ini boleh dipantau dan rawatan diberi jika perlu.
Saya harap ibu-ibu tidak ada lagi keraguan tentang apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk kesihatan ibu dan bayi.
Sumber : Prof Dr Imelda
Post a Comment