Header Ads

(Video) Juruterbang Tidur Di Dalam



Seorang Juruterbang China Airlines telah dirakam oleh Pembantunya apabila dia sedang tidur didalam kokpit ketika pesawat itu sedang diterbangkan.

Klip yang berdurasi 30-saat itu, menunjukkan yang Juruterbang Boeing 747 sedang tunduk kepala kebawah dengan mata tertutup semasa pesawat berada di Udara.

Juruterbang itu dikenali sebagai Weng Jiaqi, dia seorang Pegawai Kanan China Airlines yang berpengalaman mengendalikan Pesawat selama 20 tahun.


Video itu menjadi tular beberapa hari selepas juruterbang China Airlines menamatkan mogok mereka selama 7 hari mengenai pelbagai isu seperti keletihan.


Namun, tidak dapat dipastikan bila insiden ini dirakam tetapi China Airlines memberi maklum balas bahawa video itu dirakam sebelum mogok yang berlaku baru-baru ini.

Weng merupakan juruterbang yang mahir dalam mengendalikan penerbangan International, Menurut China Airlines, Weng merupakan senior bagi pesawat Boeing 747.

Weng selalunya menerbangkan pesawatnya ke seluruh dunia tetapi kebanyakan penerbangannya ke Tokyo, Okinawa, Seoul dan Hong Kong.

Dia juga merupakan seorang pelatih di dalam Pusat Latihan China Airlines.



 Sumber DailyMail