Header Ads

500 Himpun Bantah 'Alvin Chow' Supaya Ditangkap

Pengerusi Pembela Ummah Melaka yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad (dua dari kiri) berucap pada Perhimpunan Ummah Melaka Bantah Penghina Nabi Muhammad SAW di perkarangan Balai Polis Batang Tiga, Klebang. - Foto Rasul Azli Samad


Kira-kira 500 individu berhimpun di depan Balai Polis Batang Tiga, Klebang, di sini, malam tadi, bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas seorang pemuda didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Perhimpunan aman selama kira-kira dua jam bermula 8.30 malam itu turut membabitkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk UMNO dan PAS negeri yang membuat laporan polis ke atas individu menggunakan akaun Twitter ‘Alvin Chow’ selepas didakwa memuat naik kata-kata berunsur penghinaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohammad, berkata belum reda kemarahan umat Islam terhadap beberapa individu sebelum ini yang bersikap biadap ke atas Nabi Muhammad SAW, kini muncul seorang lagi seakan mencabar kesabaran orang Islam.

Beliau berkata, sebanyak 13 laporan polis sudah dibuat ke atas kebiadapan individu itu, selain turut meminta pihak berkuasa dapat menangani hal itu dengan segera.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, pasti suasana negara kita tidak tenteram dan mencetuskan kemarahan masyarakat Islam.

“Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera ke atas individu berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, di sini, malam tadi.

NSTP sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri dengan memuat naik karikatur berunsur penghinaan di laman sosial Facebook miliknya.

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini dan susulan itu pelbagai pelbagai bantahan dan perhimpunan diadakan.


Sumber : Berita Harian

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?