Bahaya Ke Korek Telinga? Jom Dengar Ulasan Pendek Dari Dr. Ezairy M.Sallih
Baiklah, ear wax, lilin telinga atau orang kita sebut sebagai tahi telinga ini sebenarnya tak perlu cuba untuk dikeluarkan.
Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Oleh itu, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:
1. Mengalami kurang dengar.
2. Sakit akibat cerumen yang terlalu keras ‘impacted ear wax’
Jumpa doktor jika ada sebarang masalah.
Moga bermanfaat. Sila tekan butang #SHARE jika anda rasa tulisan ini amat berharga.
Post a Comment