Header Ads

Nyaris Jadi Mangsa Tembakan Christchurch


Pasukan kriket Bangladesh terselamat daripada menjadi mangsa insiden tembakan masjid di Christchurch. - Foto TWITTER/ MOHAMMAD ISAM

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Presiden Lembaga Kriket Bangladesh berkata pemainnya kini hanya akan bergerak dengan kawalan keselamatan selepas pasukan kebangsaan tersebut nyaris menjadi mangsa insiden tembakan masjid di Christchurch.

Pasukan kriket Bangladesh berada di Christchurch untuk tiga siri perlawanan menentang New Zealand dan sedang dalam perjalanan menuju Masjid Al Noor untuk menunaikan solat Jumaat apabila penyerang warga Ausralia bernama Brenton Tarrant melepaskan tembakan rambang yang meragut 49 nyawa.

"Kawalan keselamatan (di Christchurch) tidak seperti yang selalu kami berikan.Kami tidak mendapat kawalan keselamatan yang sewajarnya," kata Nazmul Hassan di Dhaka.


Nazmul turut mendesak pihak berkuasa seluruh dunia untuk mengubah persepsi tentang keselamatan kerana insiden sebegini boleh terjadi di mana-mana negara.

Sementara itu pengurus pasukan, Khaled Mashud berkata, kesemua 17 pemain dan kakitangan sokongan yang menaiki bas ke masjid terbabit bernasib baik kerana terselamat.

"Kami berada begitu hampir dengan masjid, sekiranya kami tiba tiga atau empat minit lebih awal, sudah tentu kami berada dalam masjid.

Serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood ketika solat Jumaat dianggap serangan terburuk terhadap komuniti Muslim di negara Barat.

SUMBER - AFP
 
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?