Header Ads

Tembakan Christchurch: Mohd Nazril, Rahimi Semakin Pulih

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Rahimi bakal menjalani rawatan fisioterapi dalam masa terdekat.

SHAH ALAM - Keadaan kesihatan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan pengganas di Christchurch, Mohd Nazril Hisham Omar,49 kini dimaklumkan semakin positif.

Perkara itu dimaklumkan oleh isteri mangsa, Dr Zurinawati Mohyi, 48 melalui aplikasi Whatsapp kepada Sinar Harian, hari ini.

"Alhamdulillah, kesihatan suami saya bertambah baik dan perkembangan terbaharu, dia sudah boleh duduk dan sekarang sedang melalui rawatan fisioterapi.


"Bagaimana pun suami masih bergantung dengan ubat tahan sakit," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Zurinawati berkata atas perkembangan positif itu, suaminya juga telah dipindahkan ke wad biasa.

Katanya, akibat trauma, Zurinawati memberitahu bahawa suaminya enggan lagi bercerita mahupun mengingati mengenai kejadian yang berlaku.

"Walaupun emosinya sudah stabil, tapi dia sudah tidak mahu bercakap mengenai kejadian itu apatah lagi mengingati semua tragedi tersebut.

"Pihak berkuasa pun sudah ambil keterangan suami, jadi sudah tidak ada apa lagi yang perlu diingatkan," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia Rahimi Ahmad, 39 yang turut tercedera daripada kejadian tembakan pengganas di Christchurch turut dimaklumkan berada dalam keadaan yang semakin pulih.

Adik perempuannya ketika dihubungi Sinar Harian, Nor Nadiah Ahmad, 29, berkata, Rahimi bakal menjalani rawatan fisioterapi namun ia bergantung kepada tahap kesihatannya.

"Kami sekeluarga bersyukur kerana abang kini semakin pulih, cuma ada masa dia akan mengadu sakit di bahagian ke dua-dua belah kaki.

"Kalau tak rasa sakit, dia lebih ceria, tapi bila rasa sakit itu datang, saya sendiri tak boleh gambarkan keadaannya," katanya.

Ditanya mengenai anak lelaki Rahimi, Ahmad Razif,11 yang terselamat daripada serangan tembakan pengganas, Nadiah memaklumkan anak saudaranya itu masih berada dalam keadaan trauma.

Mohd Nazril dan Rahimi adalah antara tiga rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera di tembak pengganas selain seorang lagi mangsa Mohd Tarmizi Shuib yang mana anak lelakinya, Mohd Haziq, 17 disahkan terkorban dalam serangan tersebut.


Keadaan terbaharu Mohd Nazril hari ini yang sudah boleh duduk.

SUMBER - SINAR HARIAN






LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?