Header Ads

Vaksin Pneumococcal Perlu Ke Tidak?





VAKSIN PNEUMOCOCCAL. NAK HABISKAN DUIT BERATUS PUN FAHAM NI DULU. APA FIRST TIME PARENTS PERLU TAHU?

1. Vaksin ni vaksin tambahan. Vaksin ini tak termasuk dalam vaksin yg diberikan PERCUMA kat anak macam kat klinik kesihatan tu. Kiranya ni bukan vaksin yang kita inject anak bulan2 kat klinik kesihatan (KK).


2. Vaksin ni bukan budak² sahaja boleh ambil tapi orang dewasa pun boleh terutama yang ada masalah diabetis, paru², jantung, hati atau masalah buah pinggang kronik.

3. Untuk vaksin baby. Ada dua jenis Vaksin Pneumococcall : Synflorix & Previnar 13
(Pastikan doktor swasta terangkan yang kita ambil ni yang mana 1)

4. Untuk apa vaksin ni? Tujuannya cegah kuman penyakit pneumococcal yang tersebar dari batuk, bersin atau sentuhan cairan (kadang² sentuh tangan berpeluh ke apa) yang boleh menyebabkan

-meningitis (infection kat otak & tulang belakang)
-bacteremia (infection dlm darah)
-pneumonia (infection paru2)
-oitis media (infection telinga)


4. Apa kesan penyakit² ni? :
Kematian, kecacatan & kematian otak.

5. Synflorix cover 10 jenis kuman. Previnar 13 pula cover 13 jenis kuman. Harga berbeza.

Biasanya synflorix murah sikit rate dia dalam 170-180. Kalau previnar ni 250 & ke atas. Ada klinik yg buat promosi . Kena pandai2 cari. Ikut kemampuan.

6. Nak ambil vaksin ni hanya di private clinic. Sebelum inject minta consult dulu. Nanti Dr akan explain berapa kali kena inject and macam mana jadual inject tu & bolehlah tanya apa² yang kurang jelas.

Lagi bagus, kalau plan nak ambil tu inform Dr nurse kat KK tu, nanti dorang akan bg tarikh sesuai untuk pergi private ambil. Dan dorg juga akan bg tarikh untuk gapkan dgn vaksin wajib tu, biasanya gap 3-4 minggu. Kalau klinik luar tu bagus. Doktor tu sendiri jgk akan tanya untuk gapkan. Ikut doktor jugak.

7. Mana2 vaksin, tak boleh amik masa anak tgh flu, batuk, demam, ada penyakit kulit atau ada pnyakit apa2. Tarikh boleh anjak. Dr akan check condition anak kita dulu and decide boleh ambil vaksin tu atau tidak walaupun anak tgh batuk contohnya. (Kalau ada ambil ubat / antibiotik pon kena inform nurse doktor jgk. Macam Haifaa dulu kalau tak salah ingt kena gap 1 week kot. Boleh double check takut lupa.)

8. 
Ada kesan ke tak? Bengkak sikit, merah, demam lepas injection tu normal. Tapi pantaulah. Kalau bngkak / merah tu jangan letak benda panas / minyak. Biar & jangan usik. Kalau bngkak sgt anak nangis blh letak ais.

Demam pantau suhu jgn lbh dr 37.5. Klu badan panas tu sapulah aloe vera gel and demah kepala, badan. Biasanya lepas vaksin ni, kalau 4 bulan ke atas, Dr akan bg ubat demam untuk standby.




9. Umur paling ok nk inject ni :
Baby. Sebaiknya start dari umur 2 bulan smpai 5 tahun. Dos tu nanti ikut umur anak kita.

Jadual pun akan ejas ikut tarikh suntik kat KK jugak. Ada Dr pakar inform boleh inject vaksin wajib dan vaksin tambahan pada hari yang sama.

Bawah 6 bulan : 4 Dos - 4x injection
Atas 6 bulan kurang 1 tahun - 3x injection
Atas 1 tahun kurang 2 tahun - 2x injection
Atas 2 tahun - 1x


Lagi awal inject lagi bagus sebab kadang kita ibubapa ni jumpa macam² jenis org kat luar, terdedah macam². Jadi kita yang bawak kuman ni kat anak kita yg masih lemah imun ni tanpa sedar.

10. Pasni tak adalah demam, batuk segala selepas inject?
Vaksin bukan bg badan kebal sampai tak ada penyakit lgsg. Vaksin ni cegah. Lagi² skrg ni dengan pendatang segala. Orang pun suka kan pgg, cium baby. Dapatlah elak sedikit sebanyak.. InsyaAllah..

Moga perkongsian ni bermanfaat. 😊 Share & Tag pasangan anda supaya mereka pun dapat ilmu tentang ni.

P/S: Kalau 1st time parents, cuba tanya sesiapa yang tahu mana the best consult klinik di tempat anda. Sbb ada sstgh doktor consult simple sgt. Tak ckp byk. Kita kdg tiba² dpn doktor jadi tak tahu nak tanya apa sgt. Jadi doktor yang jenis terang details ni sgt membantu dan memuaskan hati kita.

Setakat ni kalau di JB, Klinik Pakar Kanak-kanak Lee punya consultation memang the best utk vaccination.

Tapi kalau bab² kesihatan ubat² Nur selalu pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Loh.


Sumber: 9bulan 10hari
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?