Header Ads

Angkasa Kawal Had Hutang Ahli

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
Mohamad Azmi
IPOH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), bertanggungjawab mengawal had hutang 60 peratus melalui Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA).
Naib Presidennya Mohamad Azmi Omaruddim berkata, sistem berkenaan adalah sistem kawalan Angkasa sendiri dan telah dilaksanakan sejak April 1977 lalu menerusi Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).


Menurutnya, BPA banyak berperanan khususnya dalam memberikan kemudahan kepada koperasi, organisasi, mengutip balik pinjaman, yuran dan sebagainya.
"Antara fungsi utama BPA adalah memberikan perkhidmatan potongan gaji kepada koperasi, bank, kesatuan, kelab kebajikan, Amanah Saham Berhad, Yayasan Pengajian Islam Malaysia (Yapeim), syarikat insurans dan lain organisasi.
"Setiap pelanggan Angkasa yang melibatkan koperasi, syarikat-syarikat insurans, bank, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta kesatuan-kesatuan akan diberikan akses kepada sistem SPGA agar pengawalan 60 peratus bagi kad hutang ahli dapat dikawal," katanya.
Mohamad Azmi berkata demikian pada sidang media sempena sempena Persidangan Angkasa du Casuarina @ Meru, hari ini.
Difahamkan seramai 612 perwakilan dari 597 koperasi sekitar negeri serta 11 ahli jawatankuasa dan 45 pemerhati hadir sempena persidangan berkenaan.
Persidangan berkenaan turut menyaksikan Pengerusi Angkasa Negeri, Mohd Rosli Basri berjaya mengekalkan jawatan setelah menewaskan Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Shaik Abdul Razak Shaik.
Untuk rekod, Mohd Rosli mendapat 339 undi manakala Abdul Rahman (254).
Sementara itu Mohamad Azmi berkata, selaku badan yang diiktiraf mewakili pergerakan koperasi Malaysia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Angkasa turut bertanggunggjawab demi memastikan had hutang termasuk segala jenis penipuan dapat dikawal mulai peringkat awal.
"Dalam menjaga koperasi kredit, setiap koperasi kredit berperanan sebagai pemberi pinjaman kepada ahli-ahli koperasi dan Angkasa akan bertindak sebagai ejen kutipan.
"Menerusi SPGA, Angkasa perlu menjaga dua kumpulan besar melibatkan majikan dan pelanggan," katanya.

SUMBER - SINAR HARIAN       
            Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?