Header Ads

Nenek Jadikan Rumah Sebagai Port Melepas Gian Diserbu AADK

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
Nenek berusia 57 tahun (kanan) bersama jiran dan dua lelaki ditahan di rumahnya di Kepayan oleh anggota AADK dalam Ops Cegah di Kota Kinabalu. - NSTP/Junaidi Ladjana

KOTA KINABALU: Seorang nenek bukan sahaja menjadikan rumahnya sebagai ‘port’ melepaskan gian dadah bersama rakan dan jirannya malah selamba menghisap syabu di hadapan cucu perempuannya yang berusia 15 tahun.

Kegiatan nenek berusia 57 tahun itu akhirnya terbongkar apabila rumahnya di Kepayan, di sini, diserbu sepasukan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu kira-kira jam 1 pagi tadi.



Lebih mengejut, ketika serbuan, nenek bersama wanita berusia 27 dan dua lelaki masing-masing berusia 20-an sedang menghisap syabu di bilik tidur cucunya.

Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh, berkata ketika pemeriksaan dilakukan, anggota AADK menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalam bilik rumah berkenaan.

“Nenek bersama tiga lagi jiran dan rakannya ditahan ketika sedang leka menghisap dadah di dalam bilik tidur cucu perempuannya.

“Ujian saringan air kencing mendapati semua mereka positif dadah jenis syabu,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, dalam operasi yang sama, penguat kuasa turut menahan pasangan suami isteri berusia 40-an di sebuah taman perumahan di Penampang.



“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis syabu.

“Semua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Operasi yang bermula jam 9 malam hingga 2 pagi yang disertai 10 anggota AADK Kota Kinabalu turut menjalankan operasi di dua pusat hiburan di Penampang.

SUMBER - BERITA HARIAN
            
           Subscribe Channel Kami di Youtube 
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?