Header Ads

Setiap Orang Ada Autism Dalam Diri



Bulan lepas, saya hadir ke Child Development Conference yang diadakan di Melaka. Rata-rata yang hadir adalah Occupational Therapy (OT), Pakar Psikologi, Warga Pendidik, Pelajar dan Ibu Bapa.

Dan tak terlepas juga saya.

Saya ingat lagi waktu slot OT, ada salah seorang OT berkongsi. Dan dia katakan sesuatu yang buatkan saya terkejut. Beliau katakan,

"Setiap orang ada Autism dalam diri"

Saya tunggu point beliau yang seterusnya dan beliau katakan (Lebih kurang),

"Cuma kita sedikit sahaja dan kita boleh kawal. Manakala mereka tak boleh kawal"

Saya pun yang tengah pening lalat waktu tu cepat tulis. Takut saya terlupa.

Autism Spectrum Disorder (ASD)
Adalah mereka yang mempunyai masalah dari segi sosial, komunikasi verbal atau nonverbal dan masalah tingkahlaku. Seseorang boleh dilihat mempunyai ASD seawal antara usia 2 hingga 3 tahun.

Dan, penyakit autisma boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa atau kedudukan sosial.

Antara Tanda-tanda seseorang mengalami ASD adalah:
1. Suka bermain sendiri
2. Tiada Eye Contact/terhad
3. Tidak menunjukkan minat pada sesuatu perkara
4. Tidak suka dibelai atau dipeluk
5. Ketawa atau senyum pada keadaan yang tak sesuai

Ni adalah antara tanda seseorang itu ASD.

Tapi tak ramai yang ambil tahu dan kesedaran tentang mereka yang mengalami ASD. Saya sejujurnya mengikuti perkembangan Adam Autism, Emery (Anak kepada penyanyi, penerbit dan komposer Edry KRU) dan Azal & Azil (Anak kepada pelakon Zarina Zainuddin)

Kita kena faham, mereka mempunyai satu sikap yang kita tak boleh nak jangka. Adakala tantrum mereka melebihi anak normal. Mereka boleh cedera & pukul diri sendiri. Dan mereka boleh cederakan orang disekeliling.

Jadi bila kita lihat keluarga yang mempunyai simptom dan ahli keluarga mereka mengalami anak yang tantrum di tempat yang open. Bantu mereka dan jangan cepat melatah menghukum keluarga mereka.

Mereka, sangat istimewa. Kita sepatutnya bantu mereka. Bukan menghukum mengatakan Keluarga tak tahu mendidik.

Sempena World Autism Awareness Day pada 2 April 2019 ini. Kita beri sokongan, fahami mereka, kasih sayang kita pada mereka.

ASD bukan ancaman.
Tetapi mereka adalah anugerah dari Tuhan.
Untuk kita semua perhatikan.
Dan kita teruskan beri sokongan.

Selamat Hari Autism!

- Nurul -


Sumber:TheProParenting


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?