Header Ads

Ambulans Terbabas, Bayi Usia Sebulan Turut Cedera

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
 
Keadaan ambulan yang dinaiki kesemua mangsa selepas hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar pokok di Lebuh Ayer Keroh petang semalam.

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] Empat cedera termasuk bayi berusia sebulan selepas ambulans yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar pokok di Lebuh Ayer Keroh petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, ambulans berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang dari Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur menuju ke Hospital Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebaik tiba di Lebuh Ayer Keroh berhampiran stesen minyak Petronas Ayer Keroh, ambulans berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan menaiki pembahagian jalan lalu melanggar pokok.

"Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka. Bayi berkenaan dirawat di zon merah manakala pemandu ambulans berusia 35 tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki berada di zon hijau.

"Seorang pegawai perubatan berusia 30 tahun serta seorang jururawat berusia 37 tahun yang turut cedera berada di zon kuning," katanya ketika dihubungi.

Hasan berkata, kenderaan terlibat kemudiannya telah dialihkan dari lokasi kemalangan dan akan dibawa untuk pemeriksaan Jabatan Kerja Raya.

SUMBER - SINAR HARIAN
          
           Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?