Header Ads

UMNO Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden Pas

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
Mohamad Hasan - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - UMNO menyambut baik pandangan serta saranan daripada ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Pas 2019.



Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, secara khususnya, UMNO bersetuju bahawa penyatuan ummah antara orang Islam dan Melayu mesti digembleng untuk menjadi satu lonjakan kebangkitan yang baik dan berfokus.

“Adalah sesuatu yang merugikan jika ummah ini dibiarkan terus berbalah dan berpecah.

“Perpaduan nasional dalam konteks Malaysia, mesti dikukuhkan dengan lebih serius kerana Islam adalah agama yang meraikan kepelbagaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, penting untuk semua pihak termasuklah ahli politik menterjemahkan ajaran Islam yang sebenar sekali gus berusaha mendekati dan merapatkan hubungan antara kaum dan agama

“Jalan ke hadapan negara mesti dipimpin dengan menjadikan saranan serta aspirasi yang diajarkan Islam sebagai rujukan dan panduan.

“Ketelusan, dasar ekonomi yang baik serta pemeliharaan elemen asas kebangsaan seperti Bahasa Melayu mesti menjadi fokus yang tidak boleh dikompromikan,” katanya.

Beliau berkata, UMNO turut menyambut baik aspirasi muafakat dalam berpolitik yang dianjurkan oleh Pas.

“UMNO sentiasa memegang kepercayaan bahawa keterbukaan dan keanjalan kita dalam menggembleng perpaduan dan kekuatan politik adalah perkara yang sangat kritikal.

“UMNO akan memberikan komitmen dan kerjasama yang selayaknya untuk bersama-sama Pas bagi menyusun ikhtiar dan mencari pendekatan terbaik dalam mengukuhkan Malaysia dan Islam dari segenap segi,” katanya.

SUMBER - SINAR HARIAN

           Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?