Header Ads

Bengkel Yang Menjual Punca Utama Pelanggan Membeli

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube
sumber gambar berita harian online

KUALA LUMPUR: Sebanyak 507 saman dikeluarkan polis dalam Op Bersepadu yang dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan (JSPT) Kuala Lumpur, di hadapan kawasan pusat membeli belah di Jalan Raja Laut tengah malam tadi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula 11.30 malam itu, kesalahan membabitkan tiada lesen kenderaan memandu (LKM) dan LKM tamat tempoh, 
mencatatkan saman paling tinggi iaitu 275 saman. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata 730 kenderaan diperiksa di empat lokasi iaitu di Jalan Raja Laut, Jalan Semarang, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Bangsar. 

“Daripada jumlah itu, 27 motosikal dan lima kereta disita atas pelbagai kesalahan. Kebanyakan motosikal disita ekoran pengubahsuaian tidak dibenarkan, termasuk menggunakan nombor plet tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Operasi yang disertai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan notis untuk hadir menjalankan pemeriksaan kepada pemilik kenderaan, yang didapati menggunakan ekzos mendatangkan pencemaran bunyi, tidak mempunyai cermin sisi dan lain-lain lagi,” katanya pada sidang media selepas operasi berakhir.




sumber gambar berita harian online


Mengenai trend penggunaan ekzos bising dan nombor plet tidak mengikut spesifikasi yang berleluasa, Mazlan berkata pihaknya akan mengenal pasti kedai, mahupun bengkel yang menyedia atau membekalkannya bagi mengurangkan gejala itu di masa hadapan. 

“Jika diikutkan, perkara ini perlu dilihat daripada sumber penjualan barang berkenaan. Ada bengkel atau kedai yang membekalkannya, jadi sudah tentu ada pelanggan yang akan membeli dan memasang benda itu,” katanya. - BERNAMA

sumber berita : berita harian online


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?