Header Ads

RON97 Turun 19 sen, RON95, Diesel Kekal

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube 
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun 19 sen kepada RM2.60 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, berkata harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober ini.

“Berdasarkan pengiraan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing adalah sebanyak RM2.30 seliter dan RM2.34 seliter

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.49 seliter dan diesel pada paras RM2.39 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Kenyataan itu berkata, dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 5 hingga 11 Oktober berjumlah RM101.52 juta.

SUMBER - BERITA HARIAN

                Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?