Header Ads

Sembilan Lagi Akan Dipanggil Isu Larangan Doa

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Subscribe Channel Kami di Youtube 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid pada Sidang Media Harian yang diadakan di Bukit Aman. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil sembilan orang lagi untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan sebuah sekolah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar baru-baru ini.





Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash, berkata siasatan bagi kes itu masih berjalan.



“Setakat ini kita sudah selesai merekod keterangan lima saksi membabitkan mereka yang hadir ketika majlis berkenaan diadakan.



“Kita juga menerima 10 laporan iaitu satu di Selangor dan Kedah manakala selebihnya di Pulau Pinang,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.



Kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.




Terdahulu, Mior memberitahu siasatan kes berkenaan dilakukan selepas laporan pertama dibuat pada Jumaat lalu.



Satu laporan polis diterima yang mendakwa beberapa individu hadir dalam satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Perempuan Methodist di Pulau Pinang yang menyatakan bacaan doa dalam majlis itu tidak dibenarkan.


SUMBER - BERITA HARIAN

          Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?