Betapa Kejamnya komunis..Gambaran Kekejaman Komunis Di Tanah Melayu
Generasi pada hari ini tidak tahu erti penderitaan hidup pada zaman komunis. Kita semua selaku generasi yang hidup selesa pada hari ini hanya mendengar cerita daripada datuk dan nenek dan tidak pernah membayangkan bagaimana situasinya berada pada zaman tersebut.
yang sedihnya, ada segelintir daripada mereka yang menyatakan hal itu adalah mitos dan cerita yang dibuat-buat untuk mainan politik semata-mata. Hal ini seharusnya dibendung agar sikap patriotisme dalam individu dapat disemat di dalam hati agar negara kita sentiasa aman, makmur dan sentosa.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, sikap pengganas komunis yang terdesak untuk mendapatkan tanah melayu sebagai negara republik dibawah naungan mereka ini terselit dengan kekejaman dan penindasan terhadap orang awam yang tidak bersalah. Antara kekejaman yang pernah berlaku adalah:
Tubuh manusia dihiris sedalam setengah inci dengan menggunakan pisau yang tajam dan kemudian, bahagian hirisan tersebut akan dijirus dengan air garam. Maka tersiksalah mangsa yang dihiris menahan kepedihan yang teramat pada luka yang dalam.
Cukup terkenal dengan sikap yang tidak menghormati ajaran agama orang lain. Inilah faktor utama mengapa pengganas komunis disebut sebagai ateis iaitu orang yang tidak percaya akan tuhan. Habis semua Al-Quran yang ada di sura dan masjid akan dikoyakkan, dipijak-pijak dan dilumur dengan najis kemudian dibakar.
Membakar manusia hidup-hidup adalah siksaan kegemaran pengganas komunis pada orang awam di tanah melayu. Warga emas kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam guni sebelum dicampak ke dalam api yang sedang marak manakala kanak-kanak pula dicampak terus ke dalam api dengan begitu sahaja.
Ada juga yang disuruh minum air sabun sehingga kembung perut dan kemudian dipijak-pijak perutnya sehingga mati. Ianya adalah sejenis siksaan yang dibuat kepada orang awam dan untuk menakut-nakutkan orang awam agar sentiasa mendengar tunjuk arah mereka sahaja.
Ini cuma beberapa contoh dan gambaran tentang kekejaman pengganas komunis dan mengapa orang lama di negara kita sangat bencikan mereka. Warga emas yang pernah merasa hidup di zaman tersebut tidak mungkin akan dapat melupakan keganasan yang dilakukan oleh pengganas komunis.
“Janganlah anak muda lupa pengorbanan kami pertahankan negara. Kami tersiksa dahulu, anak-anak semua senang sekarang”, kata-kata dari bekas perajuit tanah air yang pernah mempertahankan negara dan kini tinggal di pekan Parit, Perak menghabiskan sisa baki hidup.
Post a Comment