Header Ads

Padah Menjalin Hubungan Dengan Isteri Orang

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube

gambar sekadar hiasan

PADAH menjalin hubungan cinta dengan isteri orang, lelaki cedera dipukul selepas dikesan suami wanita terbabit di bilik hotel bajet, di Jalan Foochow, Sibu.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kejadian pada 10.56 malam Rabu lalu, pengadu berusia 21 tahun dipukul tiga lelaki yang tidak dikenali di bahagian badan, dada dan mata.
“Seorang daripada lelaki yang memukulnya mendakwa dia adalah suami kepada wanita terbabit dan menuduh pengadu menjalin hubungan sulit dengan isterinya.
“Mereka merampas wang tunai pengadu berjumlah RM1,000 dan meminta sejumlah RM2,000 lagi dengan menghubungi pengadu pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, siasatan mendapati pengadu mengenali wanita terbabit kira-kira tiga bulan lalu melalui aplikasi Wechat.
“Tujuan pengadu pergi ke hotel terbabit adalah untuk berasmara dengan wanita terbabit.
“Malah, pengadu tidak tahu wanita terbabit sudah bersuami kerana sebelum itu mengakui dirinya janda,” katanya.
Katanya, wanita terbabit bersama suaminya sudah ditahan pihak polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

sumber berita Harian Metro

Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?