Header Ads

Potong Kaki Anjing Sebagai Hukuman - Wanita Vietnam Yang Tidak Berhati Perut

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 

Subscribe Channel Kami di Youtube

Tidak berhati perut! Tergamak seorang wanita memotong kaki kanan anjing peliharaannya hanya kerana berang dengan perbuatan haiwan itu. 

Menurut perkongsian @youth.for.social.change di Instagram, kejadian itu berlaku di Vietnam di mana anjing berusia tiga tahun bernama Mina dianiaya oleh tuannya sendiri. 

Difahamkan, Mina dibela dan dibiarkan bebas keluar begitu sahaja di kawasan kejiranan itu.

Namun, jiran-jiran yang lain tidak begitu menyukainya kerana Mina kerap mengejar ayam dan itik peliharaan mereka, lalu mengadu mengenai perkara itu kepada pemilik anjing berkenaan. 

Wanita itu kemudian mengambil keputusan untuk menghukum Mina agar haiwan itu tidak mengulangi perbuatannya lagi.

Wanita itu mengambil pisau dan dengan tenang memotong kaki Mina sambil dirakam oleh suaminya yang turut bersetuju dengan tindakan isterinya. 
Mina dibiarkan cedera begitu sahaja tanpa diberikan sebarang rawatan. 

Video itu viral di media sosial dan mengundang kemarahan netizen yang mendesak pihak berkuasa serta badan kebajikan haiwan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. 

Susulan viral video tersebut, Mina diselamatkan dan dibawa ke Hospital Haiwan Sasaki di Saigon untuk mendapatkan rawatan dan doktor terpaksa memotong kakinya yang telah terjejas teruk. 

Mina diserahkan kepada Kien Giang Animal Station untuk dijaga sehingga sembuh sebelum diberikan kepada individu yang sudi mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. 

Tetapi, pemiliknya datang semula dan meminta agar Mina dikembalikan kepada dia. Jirannya juga turut menjelaskan bahawa wanita itu sangat menyayangi anjingnya. 

Selepas beberapa minggu kemudian, Mina dipulangkan semula kepada wanita itu. 





Sumber; @youth.for.social.change

Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?