Wahai Kaum Hawa Jangan Salah Pilih Pasangan.
Semalam, tular di Twitter tentang kisah seorang lelaki dayus yang bersikap kasar terhadap seorang wanita yang masih berpantang di tempat awam. Menurut wanita yang dikenali sebagai Lily Amirah itu, insiden itu berlaku ketika beliau singgah makan di restoran Secret Recipe di AEON Taman Equine, Selangor.
Tak Cukup Maki Hamun, Lelaki Dayus Ini Tumbuk Wanita Dalam Pantang
Semalam, tular di Twitter tentang kisah seorang lelaki dayus yang bersikap kasar terhadap seorang wanita yang masih berpantang di tempat awam.
Menurut wanita yang dikenali sebagai Lily Amirah itu, insiden itu berlaku ketika beliau singgah makan di restoran Secret Recipe di AEON Taman Equine, Selangor.
Lily yang terganggu sebaik sahaja perasan terdapat sepasangan lelaki dan perempuan di sebelahnya mula bertengkar kemudiannya mencabut earphone di telinganya dan terdengar perempuan berkenaan menangis sambil memegang seorang bayi yang masih merah seakan-akan baru lahir. Tidak lama kemudian, lelaki berusia dalam lingkungan 25-an tersebut dilihat menjadi semakin ganas.
Berdasarkan perbualan yang didengar olehnya, lelaki dayus itu memaksa wanita tersebut supaya pulang bersamanya. Jejaka tersebut bukan sahaja menarik lengan dan juga rambut wanita itu, tetapi juga dilihat mengetuk kepala wanita malang tersebut sehingga sampai satu tahap, bayi yang diribanya itu hampir sahaja jatuh ke lantai.
Pertengkaran pasangan tersebut mengundang perhatian pelanggan lain, sehingga terdapat seorang pakcik yang berani merenung tajam lelaki itu pun telah dijerkah oleh lelaki dayus itu.
“Apa pandang-pandang, bang?”
“Ehh, tempat awam ni dik, mestilah orang pandang”.
Kedua-duanya kemudian keluar dari restoran tersebut seakan-akan ingin menyelesaikan isu tersebut membuatkan Lily memberanikan diri untuk mendekati wanita malang tersebut sambil bertanyakan beberapa soalan.
Rupa-rupanya, lelaki durjana itu merupakan bakal suaminya. Tidak lama kemudian, lelaki tersebut masuk semua ke dalam restoran lalu memaksa semula wanita itu supaya mengikutnya pulang meskipun wanita tersebut menolak.
I was doing my work peacefully in a restaurant when this couple next to me started arguing. I took off my earphones and dengar the girl weeping and just noticed that she’s holding a newborn baby wrapped in a blanket. Then the guy started becoming violent pic.twitter.com/vVooHGPwK3— Lily Amirah (@lilyxxamirah) October 10, 2018
"I was doing my work peacefully in a restaurant when this couple next to me started arguing. I took off my earphones and dengar the girl weeping and just noticed that she’s holding a newborn baby wrapped in a blanket. Then the guy started becoming violent"
Keadaan yang tegang itu menjadi reda setelah terdapat pegawai polis yang datnag dan menyuruh lelaki tersebut supaya keluar dari situ. Selain itu, Lily juga mengucapkan rasa syukur dengan adanya beberapa staf restoran tersebut yang berusaha untuk menghalang ketidakwarasan lelaki itu.
Dalam pesanan terakhirnya dalam bebenang tersebut, Lily meminta agar semua wanita di luar sana memilih pasangan yang baik agar kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
Dia juga menasihati semua jejaka di luar sana agar tidak berkelakuan kasar terhadap wanita yang berpantang kerana pelbagai kesan buruk boleh datang sekiranya ibu dalam berpantang mengalami tekanan seperti kemurungan, psikosis, bentn dan sebagainya.
Sumber Lily Amira
Post a Comment