Header Ads

Coronavirus - Jumlah kematian coronavirus di China meningkat 213

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube



BEIJING: Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 213, selepas wilayah Hubei melaporkan 43 kematian terbaharu hari ini.

Angka terkini itu disahkan beberapa jam selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa coronavirus adalah kecemasan di peringkat global, selepas ia semakin merebak ke seluruh dunia.

Perangkaan terkini itu menandakan jumlah kematian semakin meningkat setiap hari, meskipun pelbagai langkah pencegahan dilaksanakan Hubei sejak seminggu lalu.

Semalam, pihak berkuasa kesihatan China melaporkan 38 kematian, termasuk satu di luar Hubei.

Hubei hari ini turut mengesahkan 1,220 kes terbaharu, iaitu peningkatan berbanding hari sebelumnya.

WHO sebelum ini tidak begitu memandang berat ancaman diberikan coronavirus, namun berubah fikiran selepas perbincangan lanjut semalam.

“Kita sekarang perlu menggembleng tenaga untuk memastikan ia tidak terus merebak. Ia hanya boleh dihentikan jika semua pihak memainkan peranan,” kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sesi taklimat di Geneva awal pagi tadi.

Tedros bagaimanapun berkata, larangan perjalanan dan perdagangan dengan China adalah tidak perlu untuk mengekang virus berkenaan yang kini sudah disahkan merebak ke lebih 15 negara seluruh dunia.

Kebanyakan negara sudah mengambil pendekatan menggesa rakyat masing-masing untuk tidak melawat China manakala sebahagian lagi bertindak melarang kemasukan pelancong dari Wuhan. - AFP


Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?