Header Ads

Jurupandu Arah Meninggal Dunia Ketika Mendaki Di Jeli

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
nak hosting sendiri, senang cepat dan mudah? daftar DISINI 
Subscribe Channel Kami di Youtube


JELI: Seorang jurupandu arah berusia 43 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika melakukan aktiviti pendakian bersama tiga pendaki lain di Gua Baso, Bukit Selor, Kuala Balah di sini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 4.36 petang daripada seorang pendaki yang melakukan aktiviti bersama mangsa.

“Kami difahamkan mereka mula memasuki gua itu pada 10 Februari sebelum berhenti di kawasan rehat dan meneruskan perjalanan.

“Difahamkan mangsa meninggal dunia selepas maghrib semalam (Rabu), oleh kerana waktu malam, seorang daripada mereka membuat keputusan untuk ke luar dari gua itu dan membuat laporan kepada pihak polis hari ini (semalam),”
katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Adni berkata anggotanya berjaya mengeluarkan jenazah mangsa pada jam 9.45 malam dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Mangsa dikenali sebagai Zulkifli Ibrahim, 43 tahun, dan jenazahnya telah dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga,” katanya. – BERNAMA


Berita Harian

Subscribe Channel Kami di Youtube
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
Enter your email address:


Delivered by Mengagumkan

No comments

Ada apa nak kata ?