Header Ads

16 Penagih Dadah Telah Di Tangkap Oleh Polis

SEBAHAGIAN daripada penagih dadah yang ditahan polis di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Palong 2, Gemas di Jempol semalam.


Seramai 16 penagih dadah termasuk seorang wanita berusia antara 24 hingga 46 tahun ditahan polis dalam satu operasi di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Palong 2, Gemas dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superitenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka ditahan dalam Op Sarang Pot Kandang Kambing yang dijalankan pihak polis di lokasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi.

Menurut beliau, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki yang didapati berada di lokasi berkenaan semasa intipan dilakukan oleh pihak polis.

"Menyedari kehadiran pasukan polis, lelaki tersebut cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.


"Polis seterusnya menahan 13 lelaki dan seorang wanita yang memasuki pot tersebut. Kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol,"
katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, polis merampas dadah jenis heroin seberat 16.5 gram bernilai kira-kira RM660 dan dadah jenis syabu seberat 0.4 gram bernilai kira-kira RM135 dalam serbuan itu.

Tambah beliau, polis turut menyita sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan oleh salah seorang suspek.

Katanya, mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 39B, 12(3) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : UTUSAN ONLINE


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA