Berani Dia Seluk Aku, Baru Darjah 6 Kot.
Kena gangguan seksual dalam bas. Ambil peringatan terutamanya perempuan. Silap besar aku tak bagi penampar tadi.
Menggigil tangan, bila jadi kat diri sendiri baru tahu. Yang tak pernah kena tu memang tak rasa apa, boleh gelak-gelak. Rasa trauma sampai sekarang. Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Pertama kali dalam hidup kena macam ini.
Dalam bas balik semalam, bas bertolak lebih kurang pukul 12.30 malam. Jadi, dapat tempat duduk tiga dari belakang. Tanya driver, boleh tak kalau nak tukar tempat duduk single atau mana-mana tempat duduk lain yang kosong sebab macam tak selesa duduk belakang tepi tingkap sebelah penumpang lelaki.
Pemandu bas cakap tiada tempat duduk kosong dan tak boleh tukar tempat duduk, jadi redha saja lah. Okay takpe, tak kisah duduk macam biasa sebab sebelum ini naik bas, okay je tiada apa-apa pun.
Lebih kurang pukul 2.30 pagi, tengah nyenyak tidur rasa ada tangan orang menjalar dekat bahagian tengkuk nak masuk ke baju, dia sentuh dari dalam tudung okay, bukan sentuh katluar. Saya memang jenis yang sensisitif dan cepat terjaga, jadi terus terbangun.
Kau bayangkan apa yang aku nampak? Lelaki kat tempat duduk depan, tengok gambar, tengah bangun berdiri kat kerusi dia, mengadap aku. Kau bayangkan dia punya berani itu sampai tahap masukkan tangan bawah tudung aku dengan kat belakang aku ini ada ramai penumpang lain lagi (tapi semua tidur mat! kot).
Bila-bila saja boleh kantoi berani sungguh jantan ni. Wei level jantan nie berani tahap apa? Sebelah aku ada orang kot. Aku terus terjaga tiba-tiba, panik jap, dia punya gelabah terus duduk balik tempat dia, tarik kerusi dia ke depan. Kau bayangkan kalau aku tak terjaga, tidur mat!.
Aku menggigil rasa nak menjerit menangis, terus tak boleh tidur, waktu itu terfikir mahu bangun dan mak! saja lelaki itu, tapi kau sabar kejap sebab semua orang tengah tidur dan tak nak ganggu. Tahan perasaan mahu menangis. Dia ingat aku sudah tidur balik kot, dalam pukul 3.30 pagi aku nampak dia tengah terjenguk-jenguk pakcik sebelah tak tahu nak buat apa, macam nak mencur!.
Aku bangun dari kerusi terus suluh dia guna kamera telefon. Aku tanya kau nak buat apa tu? Terkejut lelaki tu. aku lagi terkejut sebab ingat lelaki besar rupanya budak lagi, macam sekolah rendah dengan muka budak sangat.
Aku terus tanya kau nak ra ba aku kan tadi? Kau buat apa tadi kau ingat aku tak nampak? Muka dia sudah cuak, aku kejut kakak dia kat sebelah, masa ini aku sudah tak boleh tahan mar4h lagi.
Aku beritahu yang adik dia cuba nak ambil kesempatan kat aku, aku suruh tanya adik dia sendiri. Dia tanya betul ke kau cuba nak ra ba akak ni buat bukan-bukan? Budak ini mengangguk. Dia mengaku sambil buat muka b0doh tak bers4lah. Waktu ini tak ingat nak rakam sebab tangah tahan m4rah dan tahan perasaan nak menangis.
Masih tak berpuas hati, dalam sejam lepas itu, aku tanya balik kakak dia, umur adik dia berapa. Masa ini aku cuba cakap baik-baik dengan kakak dia sebab kakak dia sudah macam mahu menangis.
Rupa-rupanya adik dia baru darjah 6 tapi sudah pandai buat benda yang tak sen0noh macam ini. Aku tak boleh brain.
Moga jadi peringatan pada semua perempuan kalau menaiki bas. Berhati-hatilah. Tak payah tidur pun takpa. Tak payah tunggu orang besar, budak sekarang darjah 6 dah pandai nak ra ba orang, nak mencur!. Tra uma dia sampai sekarang aku masih terrasa Tangan budak nie menjalar kat tengkuk aku nak masuk ke dalam baju.
Nasib baiklah Allah bagi aku sedar. lambat sikit je sedar, setel tangan dia dalam baju dah. Tengah terbayang wei nasib perempuan yang kena ro g0l semua tu, Allah la, kena macam ini sudah terasa tra uma sangat dah, orang yang kena lagi teruk? Memang aku niat nak buat laporan p0lis, tapi sebab dia budak je aku lepas.
Kau memang nasib baik sebab kau budak lagi! Tapi ralat sikit patutnya aku bagi penampar sekali tadi sebab kau memang bi4dap budak.
Post a Comment