Header Ads

Kecerahan Skrin Telefon Mampu Merosakkan Mata


Seorang Wanita berumur sekitar 20an tanpa tidak sedar telah rosak matanya hanya kerana bermain telefon dalam kontrast yang amat cerah. Peristiwa ini berlaku March 2018 apabila dia merasakan matanya sering berhabuk.

Chen adalah seorang sekretari dan menggunakan telefon pintar adalah sebahagian besar dari kerjanya. Hari hari pekerjaannya adalah menggunakan telefon pintar.Baru-baru ini dia telah menaikkan kecerahan pada telefonnya, dan terlupa untuk menurunkan semula kecerahan telefon tersebut membuatkan matanya dibakar seperti ketuhar.

Di hopsital doktor memaklumkan bahawa salur kecil darah pada mata kirinya telah pecah dan tahap penglihatannya menurun kepada 0.6. 

Manakala tahap penglihatan pada bahagian mata kirinya lebih teruk menurun kepada 0.3. Lebih mengejutkan, doktor menemui sekitar 500 lubang kecil pada bahagian mata tersebut.

Dia kemudiannya diberi rawatan steroid dan setelah tiga hari berlalu, matanya kembali pulih. Menurut doktor yang merawatnya, Chen telah menetapkan kecerahan pada 625 Lumens di mana yang direkomendasi hanyalah 300 Lumens.

Tambah doktor "Menggunakan Telefon Pintar Dengan kadar kecerahan itu adalah seperti 2 jam membakar mata di dalam ketuhar"

Pengguna di luar sana dinasihatkan supaya mengehadkan penggunaan cahaya pada 250 Lumen sahaja, ini kerana ia mampu merehatkan mata pada kadar itu. dan ia juga boleh menghilangkan stress mata.




Kesimpulannya Team Mengagumkan menyeru kepada pengguna supaya berhati hati dalam apa jua keadaan, Terlupa boleh membawa padah. jadi sentiasa beringat dan saling mengingati di antara kita. =)

Sumber : thecoverage