Header Ads

Wanita ini Menjilat sabun seperti Ais Krim

Menikmati sabun Lux yang baru dibeli tadi.

Wanita Indonesia ini gemar menjilat apa jenis sabun, dan selalunya dia akan memberi skala sama ada sabun ini sedap di dimakan atau tidak.

Bunyinya aneh namun, ia bukan perkara yang direka oleh kami, Khosik Assyifa, wanita Indonesia muda dari jawa timur sudah sensasi di dalam Instagramnya apabila dia memuat naik videonya menjilat pelbagai jenis sabun untuk tontonan umum.

Dia bukan saja menjilat sabun itu, bahkan dia menikmati rasa sabun itu seperti kita menikmati ais krim.



Menurutnya lagi, tabiat itu mula menjadi rutinnya apabila dia hendak mandi dan tercium bau sabun yang berperisa buah-buahan lalu secara tidak langsung dia terus jilat sabun tersebut dan merasakan sangat enak dan berpuas hati.

Pada mulanya dia amat malu untuk memberitahu kepada suaminya
namun video yang dimuatnaik oleh nya telah tular seluruh Indonesia. membuatkan suaminya telah tahu tabiat isterinya.




Untuk melihat video nya lebih lanjut, boleh lah kunjungi Instagram beliau. Team Mengagumkan berharap, agar adik Khosyik Asyifa ini cepat-cepat sedar yang perbuatannya ini mengundang bahaya pada masa akan datang.

Sumber : OddityCentral