Header Ads

Kehebatan Polis Evo 2 diinspirasi daripada kisah benar?



KEJAYAAN filem Polis Evo 2 meraih kutipan pecah panggung melebihi RM20 juta suatu yang membanggakan pada industri perfileman tanah air.

dan Shaheizy Sam selalu pelakon utama, filem ini membawa kisah bagaimana dua anggota polis iaitu Inspektor Sani dan Inspektor Khai ditugaskan melaksanakan misi pengintipan di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur.





Bagaimanapun, situasi berubah apabila sekumpulan pengganas diketuai Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat menyerang dan menawan pulau tersebut.

Keadaan menjadi lebih getir apabila Sani dan Khai terpisah dan Sani ditangkap pengganas yang turut menahan 200 tebusan sementara Khai masih terperangkap di dalam kawasan kampung di pulau itu.

Bersama pegawai polis bernama Rian dan empat anggota pasukan khas yang dihantar ke sana, Khai dan Sani berusaha menumpaskan Hafsyam dan membebaskan tebusan berkenaan.



Banyak filem tempatan mengenai kisah polis mahupun askar termasuk Paskal dipertontonkan sebelum ini dan ia seolah suatu yang segar menonton filem yang membawa kisah misi menyelamatkan tebusan.

Meskipun pengarah dan penulis skrip Polis Evo 2 tidak menyatakan inspirasi filem tersebut daripada filem lain tetapi misi menyelamatkan tebusan yang sebenar yang pernah berlaku di negara ini mungkin menjadi rujukan pada plot filem ini.
Sumber - Astro Awani