Header Ads

Orang Awam Thailand Amuk Menutup Pintu Pagar Malaysia - Thailand




Sekumpulan orang awam warga Thailand bertindak menutup pintu pagar sempadan Malaysia-Thailand apabila mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan kumpulan tersebut memasuki Malaysia.

Facebook Info Roadblock JPJ/Polis berkongsi video serta penjelasan berkaitan isu yang berlaku.
Kejadian yang berlaku tengahari tadi selama hampir 15 minit akhirnya berjaya dileraikan pihak berkuasa.

LAPORAN KEJADIAN TINDAKAN MENUTUP PINTU PAGAR SEMPADAN MALAYSIA THAILAND OLEH ORANG AWAM WARGA THAILAND
17/02/2019 @ 1130 hrs.

Lokasi
Pintu Pagar Sempadan Malaysia Thailand Bukit Kayu Hitam Kedah.

Ringkasan kejadian :
Pada 17/02/2019 jam lebih kurang 1130h, satu kejadian telah berlaku di hadapan pintu pagar sempadan Malaysia Thailand di mana sekumpulan orang awam warga Thailand yang bekerja sebagai penarik bermotor orang yang keluar masuk Malaysia Thailand telah bertindak menutup pintu pagar sempadan Malaysia Thailand. Ini berikutan kerana tindakan anggota trafik dan anggota GD Balai Polis Bukit Kayu Hitam tidak membenarkan kumpulan tersebut memasuki Malaysia.












Tindakan oleh PGA :
PP Medan, DSP Ramli Bin Hj Wan Salin bersama Ketua Kompeni D, Asp Rosdi Bin Ghani telah pergi ke tempat kejadian dan berbincang dengan kumpulan tersebut bagi membuka semula pintu pagar sempadan Malaysia Thailand. Kumpulan tersebut telah membuka semula pintu pagar sempadan Malaysia Thailand pada jam 1145h.

#Inforoadblock

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis