Header Ads

Lelaki Ditembak Mati Serang Guna Pisau


Anggota forensik memeriksa lokasi berhampiran mayat suspek yang menyerang pejalan kaki di Marseille, semalam. Foto AFP
MARSEILLE: Lelaki yang menyerang beberapa pejalan kaki menggunakan pisau, berjaya ditembak mati anggota polis dalam kejadian yang berlaku di sini, semalam.
Pejabat pendakwa raya berkata, serangan yang menyebabkan tiga pejalan kaki cedera itu, tidak bermotifkan politik.
Ia hanyalah serangan biasa,” kata pendakwa raya, Xavier Tarabeux.
Menurut polis, mangsa keempat mengalami kecederaan di bahagian kaki, akibat terkena serpihan peluru, yang dilepaskan anggota polis, selepas diancam suspek menggunakan senjata.
Insiden serangan itu berlaku tengah hari semalam, di sebatang jalan yang sibuk di tengah Marseille, iaitu bandar kedua terbesar di Perancis. - AFP