Mansuhkan Tol Rakyat Tetap Kena Bayar - Mahathir
KLANG: Rakyat tetap membayar kos membabitkan pemansuhan tol walaupun ia dibayar oleh kerajaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata, ia berikutan kerajaan perlu membeli kepentingan dalam konsesi lebuh raya menggunakan cukai yang dikutip daripada rakyat, dan akhirnya rakyatlah yang membayar kos itu walaupun ia melalui kerajaan.
Justeru katanya, ia akan menyebabkan kerajaan kekurangan dana untuk membiayai projek pembangunan lain yang juga diperlukan rakyat.
“Yelah kecaman rakyat memang akan datang bila kita tidak hapuskan tol, tetapi rakyat mesti faham walaupun mereka tidak bayar tol tetapi kerajaan kena bayar tol.
“Kerajaan bayar tol daripada duit yang dikutip daripada rakyat. Akhirnya rakyat membayar walaupun melalui kerajaan. Kerajaan perlu beli highway (lebuh raya) guna duit siapa? Duit daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.
“Kemudian jalan mesti diperbaiki sepanjang masa. Itu juga kena dibelanja oleh kerajaan, tidak lagi oleh syarikat konsesi. Ini juga bermakna sebahagian daripada cukai yang kita kutip mestilah diguna untuk menyelenggara jalan, bermakna kerajaan akan kekurangan wang untuk lain-lain projek yang juga perlu,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan loji pembuatan batang tembaga (copper rod) milik Metrod Holdings Berhad di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengasas Metrod, Apurv Bagri; Pengerusi Metrod Holdings Berhad, Datuk Abu Hassan Kendut dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Metrod Holdings Berhad, Rajan Mittal.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan kecaman masyarakat terhadap pengumuman kerajaan sebelum ini mengenai caj kesesakan akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari manakala waktu luar puncak antara jam 11 malam hingga lima pagi, tol adalah percuma.
Waktu biasa pula akan menyaksikan kadar diskaun tol sebanyak 30 peratus.
Pejabat Perdana Menteri sebelum ini dalam satu kenyataan dipetik berkata, proses pengambilalihan itu membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Dr Mahathir berkata, walaupun ramai yang mengkritik caj berkenaan, kerajaan sebenarnya menawarkan kadar yang murah kerana tidak ramai yang menggunakan kemudahan itu di luar waktu puncak dan pengguna akan memilih waktu sedemikian untuk memulakan perjalanan, seterusnya memperoleh manfaat daripada pengurangan kadar itu.
Namun katanya, untuk menghapuskan kesemua bayaran tol adalah mahal, justeru kerajaan sedang mencuba untuk mengurangkan jumlah yang perlu dibayar bagi mengambil alih lebuh raya.
“Ia bermakna, kita perlu buat satu persatu dan bukan semuanya bebas tol, sebahagian saja,” katanya.

Sumber : Berita Harian
Post a Comment