Header Ads

Pendaftaran BSH 2019 Kini Dipermudahkan


Kewangan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan kaedah kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 telah dipermudahkan.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan bahawa lebih daripada 900,000 permohonan telah diterima sejak kemaskini BSH 2019 boleh dibuat bermula 1 Februari lepas yang akan berakhir pada 15 Mac ini.
Melalui kenyataan tersebut, Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa:
1. Borang permohonan BSH 2019 boleh diterima walaupun pemohon tidak mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri yang lengkap semasa penghantaran. Borang berkenaan akan diproses berdasarkan maklumat yang dilaporkan dalam Borang BSH yang dikemukakan oleh pemohon sahaja;
2. Pemohon jugs mempunyai pilihan untuk membuat permohonan secara dalam talian di mans must naik dokumen bukan lagi syarat wajib, dan
3. Bagi pemohon BSH yang berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas), pemohon tidak perlu mengemaskini maklumat melainkan jika terdapat perubahan maklumat memandangkan LHDNM akan menggunakan data BSH 2018 untuk diproses.
”Walau bagaimanapun, maklumat permohonan yang diterima daripada pemohon akan dipadankan dengan data agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menentukan kelayakan setiap permohonan. 
”Pihak Kementerian Kewangan akan terus mengambil langkah proaktif dalam menangani masalah pemohon, khususnya jika terdapat kesulitan dalam menyempurnakan permohonan untuk BSH 2019,” kata kenyataan itu.
Program BSH ini dijangkakan memanfaatkan lebih 4 juta isi rumah melibatkan peruntukkan bantuan sebanyak RM 5 bilion.Program BSH ini dijangkan memanfaatkan lebih 4 juta isi rumah melibatkan peruntukkan bantuan sebanyak RM 5 bilion.




Sumber : MOF