Berhala Dalam Masjid, Penduduk Tanya Angkara Siapa ?
PELABUHAN KLANG: Penduduk Taman Pendamar Indah, gempar apabila dikejutkan dengan penemuan sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda, di sini, semalam.
Difahamkan,
patung itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab di antara jam
2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang
untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.
Siak
surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata patung itu ditemui olehnya
ketika mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci kira-kira jam
4.15 petang.
Beliau
yang terkejut dengan penemuan itu kemudiannya memanggil ahli
jawatankuasa (AJK) serta kariah surau tersebut bagi melihat sendiri
patung tersebut.
“Ketika
saya pulang selesai solat Zuhur semua dalam keadaan baik dan tiada
patung tersebut. Namun, apabila saya datang datang surau buat persiapan
solat Asar ada patung berhala yang diletakkan di situ.
“Saya
sangat terkejut dan tidak tahu apa motif mahupun mana-mana individu
yang meletakkan patung tersebut. Tambahan pula, surau ini tidak
dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV).
"Setahu saya, surau ini tidak pernah
menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain
kecurian tabung surau yang sudah berlaku hampir lebih sepuluh kali,”
katanya ketika ditemui.
Beliau berkata, perkara ini sangat sensitif berikutan ia mencemarkan tempah ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam.
“Kami
kecewa dan terguris dengan kejadian ini seperti ini yang seolah-olah
menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu
tampil meminta maaf.
“Pada
mulanya kami tidak mahu menimbulkan kekecohan serta memperbesarkan
perkara ini, namun, kami tidak boleh mendiamkan diri lagi berikutan ia
tidak menghormati agama Islam,” katanya.
Mohd
Yatim, berkata susulan penemuan tersebut, dia kemudiannya membuat satu
laporan polis di Balai Pandamaran, Klang Selatan, di sini awal pagi tadi
serta menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut.
Sementara
itu, salah seorang AJK surau itu, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata
dirinya amat terkejut apabila dimaklumkan dengan penemuan patung
tersebut.
“Memang
timbul perasaan marah dan geram apabila ada pihak yang tidak
bertanggungjawab dipercayai dengan sengaja meletakkan patung tersebut di
bersebelahan pintu masuk ini.
“Ini
adalah kejadian kali pertama dan saya kira ia sepatutnya tidak patut
berlaku di rumah agama. Ia perkara yang sangat sensitif. Kami harap agar
perkara ini disiasat,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN
Post a Comment