Bapa Ditahan selepas Memberi Minuman Keras Kepada Bayi
Boleh Lihat Video Di Sini :
SRI LANKA - Seorang Ayah telah di tahan oleh Penguasa di Sana selepas video memberi minuman keras kepada anaknya yang berumur satu tahun.
Peristiwa yang mengejutkan itu dirakam di Sri Lanka tahun lepas dan rakaman itu menunjukkan seorang ayah telah memberi minuman berisi Alkohol kepada Anak kecilnya yang malang itu.
Sejurus Video itu viral, Ayahnya telah ditahan polis bagi siasatan.
Menurut Video itu, Ayahnya kelihatan tenang dan ketawa selepas memberi minuman keras itu kepada anak nya, boleh kedengaran bunyi gelak ketawa bersama rakan-rakan lain di tempat kejadian.
Menurut Polis, tiga lagi rakan mangsa di tahan bagi memudahkan lagi siasatan. Rakaman ini di ambil di Pantai Meegalawa, Bandar Anuradhapura.
Undang Undang di Sri Lanka hanya membolehkan mereka yang berumur 21 tahun dan keatas boleh menikmati Minuman Keras.
Team Mengagumkan memberi amaran keras kepada mereka yang beragama Islam, Arak Dilarang sama sekali, tidak kira tua atau muda.Sesuai dengan tuntutan agama Islam, Allah telah berfirman
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ
وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”(Surah al-Maidah: 90)

Sumber : muftiwp.gov.my
Post a Comment