Header Ads

Pengharaman Android Box Di Malaysia ?


PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan belum membuat sebarang ketetapan sama ada akan mengharamkan penjualan kotak TV Android atau Android box tidak sah yang boleh diperoleh di pasaran negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.
 
Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu sedang dilakukan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 
Ini kerana Android box, aplikasi yang memberi akses penstriman kandungan kepada pengguna, melibatkan penggunaan Akta Hak Cipta yang berada di bawah bidang kuasa KPDNHEP
.

Walaubagaimanapun, Penggunaan Android Box di Malaysia masih lagi di dalam perbincangan.

Sumber - Bernama