Tergamak Pukul Isteri Hamil Enam Bulan
LELAKI ditahan selepas memukul isterinya yang sedang hamil enam bulan di Taman Selasih, di Kulim, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, suspek berusia 34 tahun ditangkap di restoran di sini pada 1 pagi susulan laporan polis yang dibuat mangsa.
"Sebelum kejadian 9.30 malam semalam, berlaku perselisihan faham antara mangsa yang berusia 31 tahun itu bersama suspek sebelum mangsa dipukul suaminya itu.
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA
"Mangsa berasa tertekan selepas kerap didera secara fizikal dan emosi, ditambah mangsa juga sedang hamil enam bulan.
“Mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis," katanya, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang dikatakan tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan itu terhadap isterinya.
Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Post a Comment