Header Ads

Trajedi Lombong Emas Haram Runtuh

Foto fail AFP


JAKARTA: Agensi bencana Indonesia berkata pasukan penyelamat masih mencari mangsa terselamat selepas 60 dikhuatiri tertimbus apabila lombong emas haram runtuh di Sulawesi.

Agensi itu berkata dalam kenyataan, seorang ditemui maut dan 13 lagi berjaya diselamatkan pada jam 5.00 pagi ini waktu tempatan selepas kejadian yang berlaku petang semalam di kawasan Bolaang di Sulawesi Utara.

“Ketika puluhan orang melombong emas di lokasi, tiba-tiba rasuk dan papan sokongan yang digunakan patah disebabkan keadaan tanah tidak stabil dan banyak lubang perlombongan,” kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nughoro.

Gambar yang disiarkan agensi menunjukkan pekerja penyelamat dan penduduk kampung di kaki bukit berlumpur berusaha mengeluarkan mangsa dan membawa mereka menggunakan pengusung.

“Usaha pemindahan diteruskan sepanjang malam kerana bilangan pekerja yang dianggarkan tertimbus,” katanya.

Kerajaan pusat mengharamkan perlombongan emas berskala kecil, walaupun pihak berkuasa wilayah kerap membiarkan amalan itu di kawasan terpencil. — Reuters


Sumber : Berita Harian

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA