Header Ads

(Video) Wanita Ini Mencegah Kanser Dengan Menelan Kumbang Hidup-Hidup

 

Unik atau Jijik, Seorang wanita di California menelan sebanyak lima ekor serangga hidup setiap hari untuk membantutkan tumbesaran tumor kanser dan menambahkan imunisasi badan.

Marcela Iglesias, Emak Kepada tiga orang anak dari Los Angeles, California ini percaya yang memakan Kumbang Cina setiap adalah ubat terbaik untuk mencegah cancer dan sakit kronik, arthritis dan lain lain masalah sistem penghadaman.

Menelan serangga ini secara hidup hidup menurut Marcela, ia dapat melepaskan stress dan melepaskan segala jenis toxin yang dipanggil "Coleotoxin",

Teori ini didokongi lagi oleh sekumpulan pengkaji pada tahun 2011, menunjukkan Coleotoxin dapat mengurangkan Pertumbuhan Sel Tumor Kanser sebanyak 70%, Malangnya, Kajian itu ditentang hebat oleh ramai pengkaji-pengkaji dalam bidang sains. Menurut Mereka ini adalah kajian yang sia sia sahaja.

Tetapi Iglesias tidak peduli, Menurut Iglesias, walau serangga ini tidak dapat menyembuhkan kanser, namun ia sangat baik untuk sumber protein.


Wanita kelahiran Argentina ini, telah berpindah ke California 20 tahun lepas membawa Kumbang dari Cina ini bersamanya, menurut Iglesias, Kumbang peliharaannya ini adalah sangat mudah untuk dipelihara dan begitu murah kosnya. Mereka hanya ditempatkan di bekas yang kecil, apa yang Iglesias buat hanyalah memberikan mereka secebis roti dan gandum setiap hari.

Katanya, Dia mula tahu tentang kumbang ini melalui kawan karibnya yang menghidapi penyakit kanser, lalu menelan kumbang Cina setiap hari dan telah bebas kanser selama 6 tahun yang dihidapinya.

Menurut Iglesias, dia tidak mempunyai apa apa penyakit , jadi 5 ekor kumbang cina sehari sudah memadai baginya.



Sumber : OddityCentral

LIKE PAGE KAMI UNTUK BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA