11 Sebab Utama Kenapa Bayi Tidak Boleh Dicium
gambar sekadar hiasan sumber dari sini |
Sudah menjadi lumrah seorang ibu dan bapa yang penyayang jika terlihat bayi di mana-mana pastinya akan menjadi mangsa ciuman mereka. Tidak kira sama ada bayi itu adalah anak, sepupu atau saudara mara kita.
Tapi tahukah anda ? Mencium bayi sungguh tidak baik untuk bayi. Ini akan menjadi masalah yang sangat besar kepada bayi. Di Dalam artikel ini, kita akan cuba bincang 11 sebab mengapa Bayi tidak boleh dicium.
1. Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut.
Jika seseorang mengalami flu, sakit mulut ( ulser ) atau apa apa berkaitan dengan masalah kesihatan, mencium bayi boleh mendatangkan mudarat yang sangat besar kepada bayi walaupun hanya menyentuh muka bayi tersebut, keesokan atau malam hari nya, bayi akan terus menangis kerana tidak selesa dijangkiti kuman. Dinasihatkan terus ke klinik terdekat.
2. Batuk
Jika seseorang mengalami batuk, Mencium bayi sangatlah tidak disarankan kerana hanya beberapa saat sahaja jangkitan kuman akan berlaku, selang beberapa minit pula bayi anda akan mengalami gejala atau simpton seperti selsema atau hidung berair sehingga menjadi kahak, kahak ini akan berada di dalam tengkak bayi. Lama kelamaan jangkitan kuman dalam paru paru akan berlaku. Jika bayi anda terkena simptom ini terus ke klinik berdekatan.
3. Tidak Mempunyai Vaksinasi Yang Cukup
Tidak mempunyai vaksin yang cukup akan membuat anak anda mudah mendapat penyakit, ini kerana zaman era moden ini penuh dengan asap kereta,, debu, debu halus (debris) persekitaran yang cemar, nyamuk dan lain-lain, kuman ini sangat mudah meresap masuk ke dalam bayi. Tanpa vaksin, penyakit seperti demam, selsema, batuk terus meresap masuk ke dalam tubuh tanpa ada perlindungan.
4. Virus Perut
Kadang kadang kita tengok sekumpulan ibu bapa remaja akan mencium bayi di mulut, atau bibir, ini adalah satu sebab mengapa bayi selalu cirit birit, muntah, dan sakit perut, ini akan menyebabkan bayi terus merengek tanpa henti. Ingat ya, bukan diusik jin atau syaitan tapi sebab kita sendiri. Mencium bayi di bibir boleh mendatangkan virus perut
5. Imun Sistem Yang Rosak
Bila bakteria sudah mula merebak ke badan bayi, ia akan melemahkan sistem pertahanan bayi dan lama kelamaan imun sistem bayi akan rosak dan terus terjebak kepada sakit seperti demam, batuk dan selsema.
6. Kaviti
Percaya atau tidak, kaviti ini boleh beralih terus dari mulut ke mulut, jika anda mempunyai banyak kaviti gigi, dan anda mencium bayi anda terus ke bibir bayi, Kaviti tadi lama kelamaan akan berpindah ke mulut bayi dan bayi anda akan membesar dengan memelihara kaviti tersebut.
7. Penyakit Ciuman
Penyakit Ciuman diberi nama ia berasal daripada "mononucleosis" di mana seseorng akan menjadi kaku dan akan mempunyai masalah pernafasan, kes ini jarang jarang berlaku namun ia boleh berlaku mungkin kepada bayi saya atau anda. Dan ingat! mononucleosis ini tiada ubat yang dapat merawat melainkan hanya memerlukan waktu yang lama untuk "self healing"
8. Produk Kulit Membahayakan Kesihatan Bayi
Sesetengah produk ibu ibu tidak sesuai untuk bayi, kadang kadang kita lihat bayi kita ada ruam di perut, di muka.. dan kita salahkan semut atau nyamuk. Tapi sebenarnya ia adalah datang dari kita sendiri iaitu produk Kulit Muka kita. Ia sangat bahaya kepada bayi. Kerana bahan kimia itu mampu menghaluskan kulit bayi yang halus dan licin.
9. Alahan Makanan
Ada 2 penyebab alahan makanan, Pertama sekali, Memberi anak anda makan dari mulut yang berbeza, contohnya, anda ambil buah, anda makan dulu kemudian anda suapkan dalam mulut anak anda, Ini adalah sangat-sangat salah dari segi perubatan. Yang Keduanya, mencium anak anda tanpa anda sedar ada lipstik di bibir anda. Sedangkan anda tahu lipstik boleh mendatangkan kanser. Ia sangat mudarat kepada bayi!. Tolong hindarkan sama sekali.
10. Penyakit Pernafasan
Penyakit Pernafasan sering kali berlaku di dalam permasalahan bayi, ramai ibu ibu membawa anak anak ke klinik untuk merawat masalah pernafasan bayi, namun rahsia yang paling besar adalah, penyakit ini datangnya dari ciuman awal terhadap bayi.
11. HSV-1
Terdapat satu kes dalam facebook, seorang bayi dijangkiti HSV-1, disebabkan dicium oleh orang dewasa, kemudian Bayi itu dikejarkan ke hospital kerana simptom sakit semakin teruk.
Kesimpulannya disini, menjaga bayi susah lagi-lagi berada di sekeliling masyarakat, namun untuk memberitahu seseorang supaya jangan cium bayi anda, ia akan nampak betapa biadapnya kita bukan ? tapi percayalah.. berilah mereka baca info ini, dan tentu mereka akan faham. Kongsi lah info ini kepada masyarakat supaya masyarakat lebih memahami.
Tidak mencium bukan bermakna tidak sayang, dan mencium bukan makna sayang.
SHARE KOMEN DAN LIKE JIKA POST INI BERMANFAAT!
Post a Comment