Header Ads

11 Cara Terbaik Untuk Memahami Anak


Anak adalah anugerah Allah yang tak ternilai, Tapi kadang kadang, Anak-anak amat susah untuk difahami, bukan ?


Kali ini kami akan kongsikan sebuah entri

"12 Cara Memahami Anak Dengan Lebih Mudah"

1. Perhatikan Mereka
Sesetengah kanak-kanak tidak suka diganggu sewaktu mereka bermain, Mereka hanya perlukan perhatian, Contohnya, Jika kanak kanak sedang merangkak atau berlari, Kita tidak seharusnya melarang sebaliknya hanya perhatikan dari jauh dan jika ada halangan di depan, kita hanya memberi isyarat kepada mereka.

2. Berkawan Dengan Anak
Jangan salah faham, Maksudnya.. Berkawanlah dengan Anak-anak supaya mereka lebih rasa selesa bila berada di samping kita, dan jika mereka melakukan kesilapan, tegurlah mereka dengan sopan. Jangan sesekali pukul mereka atau memanggil mereka dengan kata kata yang buruk.

3. Habiskan Waktu Bersama Mereka
Waktu sangat berharga, Habiskan waktu bersama anak anak, dengan ini kita lebih tahu personality anak kita.. tidak kira betapa sikit waktu kita ada dalam seharian kita, berikan sedikit waktu untuk anak-anak.

4. Jadikan Anak Anda Supaya Lebih Bertanggungjawab
Jangan terlalu manjakan anak, Berikan sedikit tanggungjawab kepada anak-anak supaya anak anak lebih menghormati ibu bapa, Contohnya, selepas makan kita akan suruh anak-anak basuh pinggan dan lap meja dan lain-lain.



5. Jadilah Pendengar Mereka
Jadilah pendengar setia mereka, jika kadang-kadang mereka bercakap benda bodoh, jangan ketawa tapi buat lah ia sebagai sesuatu yang serius.

6. Jangan Sesekali Menuduh Anak
Jangan sesekali menuduh anak, jika dia melakukan kesilapan ajar dia supaya tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut.

7. Percayakan Mereka
Percayakan mereka, jika mereka bercakap.. percayakan mereka dan jangan sesekali mengaibkan mereka dengan mengatakan mereka tipu. Tapi jika anak anda benar menipu, "slow talk" bersama mereka dan tanya apa masalah mereka.

8. Tahu Minat Mereka
Cuba ambil tahu apa yang mereka suka, contohnya.. Melukis, Mewarna atau ingin menjadi Cikgu atau Doktor, tahu minat mereka dan biarkan mereka pilih hala tuju mereka. Kita hanya memberi dorongan dan nasihat.

9. Jangan Mungkir Janji
Jangan sesekali mungkir janji terhadap anak, sekali sahaja kita mungkir janji, Mereka akan ingat sampai dewasa dan kepercayaan mula pudar di dalam diri mereka.

10. Beri Anak Anak Ruang
Beri mereka ruang untuk bermain, jangan berkepit dengan anak-anak 24/7. Ini akan membuat mereka rimas bersama kita.

11. Biar Kanak-Kanak menjadi Kanak-Kanak
Jangan memberi harapan anak kita untuk berkelakuan seperti dewasa, dan jika anak anak berkelakuan seperti dewasa, ajar mereka apa yang perlu mereka buat dan apa yang tak perlu mereka buat.

LIKE DAN SHARE POST INI JIKA BERMANFAAT



LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?