Header Ads

[VIDEO] Akhinrnya Suami-Isteri Telah Ditangkap Oleh Polis Kes Bunuh Nur Aisyah Aleya

SEORANG wanita direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Aisyah Aleya Abdullah yang mayatnya ditemukan di kawasan gaung Gunung Raya semalam di Mahkamah Majistret Langkawi di Kedah, hari ini.


Sepasang suami isteri direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati di Gunung Raya, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 37 dan 40 tahun yang berpakaian lokap berwarna jingga dibawa ke pekarangan Mahkamah Langkawi, di sini kira-kira pukul 9 pagi sambil diiringi anggota polis.

Perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki yang tidak bekerja dan isterinya yang merupakan seorang jururawat dikeluarkan Majistret Mohd. Ridzwan Salleh.

Mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah ditemukan di kawasan gaung Gunung Raya kira-kira pukul 11.30 pagi dalam keadaan ngeri apabila hanya tengkorak kepala dipercayai miliknya ditemukan.

Ia susulan penahanan kedua-dua suspek tersebut di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, kelmarin yang dipercayai melarikan diri selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan polis ekoran anaknya hilang di rumah suspek.

Kisah tragis kanak-kanak itu bermula apabila mangsa dan ibunya yang menumpang di rumah kekasih wanita itu di Kuarters Hospital Langkawi dipaksa tinggal di kediaman berkenaan selepas ibunya dihalau kerana hubungan sulit terbongkar.

Kanak-kanak itu dipercayai mati pada 16 Februari lalu dengan mayatnya disumbat ke dalam beg pakaian sebelum dikeluarkan dan ditinggalkan di sebatang pokok berhampiran gaung di Gunung Raya.




Sumber : Utusan Online

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?