Header Ads

Seorang Perempuan Mati Dilanggar

KEADAAN motosikal jenis Honda Wave dan kereta Proton Iswara yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Jeli, Kelantan, hari ini.


Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Jeli, di sini hari ini.

Dalam kejadian 7.50 pagi mangsa, Mek Zainun, 59, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Sementara itu, pemandu kereta jenis Proton Iswara, Abdullah Mat, 57, hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dari arah jalan Gua Musang-Jeli membuat pusingan U secara tiba-tiba.

Katanya, akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu Proton Iswara tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian kiri motosikal mangsa.

“Mangsa cedera parah di bahagian kepala selepas terjatuh akibat tidak memakai topi keledar.

“Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan. Pemandu Proton Iswara yang cedera juga menerima rawatan di hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Mohd. Taufik, mangsa yang maut itu berasal dari Kampung Kuala Tol di sini didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, proses bedah siasat dilakukan di Hospital Gua Musang dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber : Utusan Online


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

No comments

Ada apa nak kata ?