21 Individu Ditahan Oleh Polis Positif Dadah
SEBAHAGIAN daripada pengunjung pusat hiburan yang ditahan polis kerana terlibat dalam pengambilan dadah di Kepala Batas, Pulau Pinang awal pagi tadi. |
Seramai sembilan pengunjung di sebuah pusat karaoke keluarga di Kepala Batas di sini ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan awal pagi tadi.
Dalam operasi selama kira-kira tiga jam berakhir pukul 3 pagi itu, polis turut memeriksa seramai 21 individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang sedang leka berhibur.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemeriksaan ke atas semua pengunjung tersebut mendapati sebahagian mereka positif ujian air kencing namun tiada bahan terlarang ditemukan.
“Sembilan yang ditahan itu didapati positif dadah syabu dengan tujuh daripadanya adalah perempuan dan mereka datang ke pusat hiburan tersebut untuk berhibur dan melepaskan gian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Noorzainy, suspek yang bekerja sendiri, berniaga dan penganggur itu kemudiannya dibawa pulang ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi siasatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Post a Comment