Header Ads

Betul Ke Malaysia Kekurangan doktor Dan Jururawat?


PENGAMBILAN PELATIH ADA, PELANTIKAN PENJAWATAN TIADA.

KKM? Apa sedang berlaku ni?

Korang dapat bayangkan tak. Wad Baby SCN HSAJB sekarang tengah tsunami dengan 85 baby bernisbah hanya 7 orang jururawat setiap syif? Dengan setiap sorangnya nak di beri susu setiap 3 jam tak termasuk lagi tugas order yang doktor beri dan tugas documentation. Ambil tekanan darah, suhu, cek bacaan gula setiap 4jam. Ambil darah. Sini kena Tulis sana ke tulis, rekod. Setiap perkara kita buat, tulis tulis tulis, report dari sekali /syif dahulunya kini naik 3 kali/syif. Sebab apa? Sebab kang tak tulis aktiviti saman menyaman pula.


Bila baby kiri kanan depan belakang menangis sebab tu kita pun tak mampu nak pujuk. Tak mampu nak dodoi kalu teriak besar mana sekalipun.Bukan tak nak pujuk tau ibu ayah sekalian. Janganlah jeling kami bila kamu tengok anak orang lain sebelah kamu menangis tak henti tak ada sapa nak dodoi.

BUKAN KAMI TAK NAK PUJUK
TAPI KAMI TAK MAMPU

Mereka jururawat sekarang sedang stress. Sangat stress.

ICU bayi juga sekarang tengah full. Setiap hari. Dengan 8 orang staf nurse yang sedang pregnant, nak hadap mabuk, senak perut, pening, loya muntah-muntah. 3 orang sedang confinement. Dan yang nak pergi belajar minggu depannya termasuk Intan.

Semalam sahabat satu wad pagi di rumah dah keluar tanda masih datang wad kerja petang dan akhirnya bersalin semalam petang. Huru hara wad tengok dia layan contraction sambil jaga baby dekat wad.

Kes RSV, kuman, jantung, paru-paru. Macam-macam jenis penyakit sekarang. Baru je lepas uruskan kematian lagi harini. Baby baru 8 hari kelahiran datang kecemasan. Beranak dekat private. Sehari di NICU, meninggal.

Blok B kanak-kanak pula tengah ramai 4 kes diphtheria, sorang yang dua tahun baru meninggal dan kini masuk lagi kes baru diphtheria beramai-ramai. Doktor bertungkus lumus membantu dengan risiko jangkita pada baby lain

Korang tahu tak UNIT KECEMASAN HSAJB puratanya menerima pesakit 700 -800 sehari tanpa henti? Adik Intan kerja di kecemasan Macam-macam ragam. Ada yang demam kus kus pun sibuk datang kecemasan dengan Alasan nak ubat (Free kan)

Dewan bersalin pula, jangan cerita. Setiap masa akan ada nak bersalin, mana boleh nak tangguh. Bayangkan kalu dalam satu masa 4 orang nak bersalin. Macam mana kita nak bantu ibu mengawal emosi sedangkan situasi di dewan bersalin pun umpama kapal yang baru nak berlabuh. Emosi kita pun tak stabil. Malah tak semua suami mampu temani isteri.

Betul kata Prof Imelda kelmarin. Kita tak mampu nak gentle birth di sebabkan masalah inilah. Mana mungkin nak mengawal emosi ibu sedangkan emosi sendiri terganggu? Work load staf melebihi kemampuan staf. Selagi masalah ni tidak selesai, selagi itu Kelahiran alami tak mungkin dapat di impikan oleh setiap ibu di hospital kerajaan.

Sebab itu kami terpaksa pilih kelahiran selamat lebih utama jika di hospital kerajaan. Kalau ikutkan semua ibu mahupun kita sebagai staf pun inginkan kelahiran alami yang selamat.

Malah, doktor yang post call kerja melebihi 24jam iaitu 33 jam. Non stop. Kadang-kadang kesian tengok doktor. Kerja datang kul 8am balik kul 5pm esoknya.

Dapat bayangkan tak korang kalu korang kerja 33 jam tanpa rehat?

Saya sempat tadi tanya seorang MO saya.
"Dr kalu oncall sebulan berapa kali oncall?"

"Adalah 5kali ke 6kali" dengan nada sedih.
(Kerja masuk Jam 8am balik 5pm keesokkannya)

Jururawat kerja malam 10 jam. Kalu siang sibuk melayan anak,pergi sekolah, balik sekolah, masak membasuh baju ,melipat kain malam pergi kerja. Jam 4am kadang-kadang terlelap je kepala di meja. Balik kerja terus ambil anak ke pengasuh. Balik kerja jangan mimpi dapat lelapkan mata. Bawak kereta balik kerja malam terhujung hayang. Pernah kawan sedar-sedar gerak atas divider. Siapa pernah terlelap dekat trafic light?😪
.
Apa yang pelik, pengambilan pelatih setiap tahun ada, kemasukan ke jawatan tetap bertangguh sehingga berbulan-bulan. Ada makan tahun! Ada yang sehingga dari dah tunang time belajar dah kawen dapat anak. Ada kerja KFC, MCD ,PIZZA. Ada yang nak pindah bersama suami semua tertangguh akibat kurang staf. Serupa juga Doktor perubatan, housemenship pun sama. Mereka juga perlukan doktor lebih. Mereka manusia. Bukan robot.
.
.
Thahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak komplain tak cukup staf setakat misi cabuk ni je ada ke yang nak layan?
.
.
Apa nak bagitau. KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. Kami jururawat dan para doktor perlukan staf lagi.

Tolonglah kami. Kasihani kami. 😭😭

Sekian.

Korang, tolong lah share. Tag kawan-kawan korang yang misi tapi tak di panggil dan luahlah apa yang korang terbuku selama ni.

Kita manusia, bukan robot.

Perkhidmatan kita tidak boleh di gantikan dengan mesin mahupun sistem layan diri.

Intan Shafina
Misi Hospital sibuk







 


LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA