Jurujual Tak Semena-mena Diganggu Ceti Haram, Tuntut RM120,000
KUALA LUMPUR - Seorang jurujual mengadu beliau diganggu ceti haram ‘Ah Long’ sejak 12 Februari lalu yang menuntutnya membayar wang RM120,000 bagi menjelaskan pinjaman yang langsung tidak diketahuinya.
Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, You Chan Sing, 29, mengadu beliau diganggu lebih 10 kumpulan ceti haram yang menghubunginya sedangkan dia tidak pernah membuat sebarang pinjaman ketika ini dan jika ada sekalipun, ia sudah dijelaskan sekitar tahun 2018.
Beliau berkata tahun lepas lelaki itu pernah membuat pinjaman, namun ia sudahpun dilangsaikannya, termasuk dengan cara mencagar telefon bimbit kepada seorang lintah darat.
“Namun, selepas memperoleh telefonnya semula, tiba-tiba ada lebih 10 kumpulan Ah Long tiba-tiba menghubunginya, meminta supaya menjelaskan wang berjumlah RM120,000 yang didakwa dipinjamnya,” katanya kepada pemberita di Wisma MCA, di sini hari ini.
Michael berkata telefon milik You, barangkali telah disalah guna bagi tujuan lain demi mengaut keuntungan oleh individu-individu tertentu dan menurutnya You telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada 10 Februari lalu.
SUMBER - BERNAMA
LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA

Post a Comment