Liverpool Semakin Lengkap
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp. - Foto theanfieldwrap.com
LIVERPOOL: Jurgen Klopp sudah melihat impian Liverpool untuk meraih
gelaran mendapat tonik tambahan daripada sumber tidak disangka menjelang
pertembungan dengan tetangga Merseyside, Everton awal pagi Isnin ini.
Pendahulu
Liga Perdana itu berdepan tekanan pada saingan di laman sendiri Rabu
lalu berdepan Watford selepas prestasi terbaik ditampilkan pencabar
terdekat mereka, Manchester City.
Namun skuad Liverpool yang
mencari gelaran liga pertama dalam 29 tahun melalui ujian dengan baik
apabila menang besar 5-0 yang meletakkan mereka satu mata di depan
pasukan tangga kedua, Manchester City.
Bagaimanapun ketika barisan
tiga serangan Liverpool - Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino
sudah meraih pelbagai kejayaan sejak dua musim lalu, sebenarnya
pertahanan Klopp yang menghadiahkan kemenangan itu.
Trent
Alexander-Arnold dan Andy Robertson memberikan bantuan untuk gol dalam
semua lima jaringan di Anfield, dengan Alexander-Arnold memberikan dua
hantaran lintang buat Mane dan tandukan yang disempurnakan Virgil van
Dijk.
Ia adalah petunjuk bahawa musim cemerlang sedang
dicipta di kedua-dua bahagian selain evolusi permainan Liverpool secara
keseluruhan.
“Ia penting. Itu adalah bola sepak moden,” kata Klopp.
“Jika
anda tanya budak kecil ‘apa posisi kegemaran awak?’ Saya tidak rasa
ramai antara mereka mahu menjadi pertahanan sepenuhnya!’
“Namun
bola sepak sudah berubah. Mereka menjadi lebih penting. Saya sendiri
seorang pertahanan dalam karier saya, ia tampak sangat berbeza
berbanding apa yang mereka lakukan ketika ini.
“Tapi
sekurang-kurangnya saya tahu apa yang boleh dilakukan; anda perlu sangat
kuat di pertahanan, tetapi di bahagian lain, banyak pasukan menggunakan
sayap untuk pertahanan melakukan serangan.” – AFP
SUMBER - BERITA HARIAN
Post a Comment