Header Ads

Neymar Dedah 2 Kecederaan Jejaskan Piala Dunia 2018

   

Bintang Brazil, Neymar. - Foto skysports.com

SAO PAULO: Bintang Brazil, Neymar mendedahkan hari ini bahawa dia mengalami dua kecederaan besar musim lalu membabitkan ketegangan ligamen diikuti patah kaki yang mengganggu peranannya di Piala Dunia.

Bintang Paris Saint Germain itu sekali lagi mengalami kecederaan kaki pada Januari tahun ini yang mengetepikannya hingga April.

Tahun lalu, kecederaan pertama menyebabkan dia terlepas aksi selama tiga bulan dan dia kembali tepat pada masanya untuk Piala Dunia di Russia, ketika Brazil tersingkir pada suku akhir di tangan Belgium.

“Kecederaan saya sebelum Piala Dunia berbeza, ligamen pergelangan kaki saya juga cedera dan sukar untuk pulih disebabkan itu,” kata Neymar kepada TV Globo dalam satu temubual.

“Pergelangan kaki sentiasa menggangu kerana ia memerlukan lebih masa untuk kembali kepada normal.”

Menurut Globoesporte.com, sebahagian kumpulan media TV Globo, pemeriksaan pertama selepas kecederaan 26 Februari, 2018 mendedahkan ada kecederaan pada ligamen pergelangan kaki.

SUMBER - BERITA HARIAN

LIKE PAGE BERITA SEPANTAS KEJADIANNYA